JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, July 24, 2013

Puding Roti

Salam 15 Ramadhan, hari ini Sue agak busy di sekolah. Badan pun dah penat, lauk semuanya beli je. Tapi balik kerja, tengok roti gardenia dah nak sampat tarikh luput. Bulan puasa ni jarang makan roti. Kalau hari biasa, roti ni buat sarapan anak-anak sebelum pergi sekolah. Tiba-tiba terfikir nak buat puding roti. Kalau sebelum ni, Sue buat Puding Roti Sos Kastard (klik di sini untuk resepi) , kali ini buat puding roti je tanpa sos kastard. Sedap juga.



Puding Roti

Bahan-bahan :

8 keping Roti
* segelas susu segar 
* 4 sudu besar gula
* 2 sudu besar mentega- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu besar tepung jagung
segenggam kismis hitam

Cara-cara:

1. Griskan loyang, potong empat setiap keping roti. Susunkan dlm loyang.
2. Blend bahan-bahan bertanda * (lebih kurang 2minit) dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan roti terendam 30minit.
3. Taburkan kismis diatas adunan.
4. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga masak.