Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Nasi

Nasi lemak mudah dan sedap untuk sarapan

Bismillahirrahmanirrahim, . Nasi lemak (beras biasa) . Bahan-bahan : • 4 cawan beras - basuh dan toskan  • 2 helai daun pandan • 1 batang serai - ketuk • 4 cm halia - hiris nipis • 4 1/2 cawan santan (hasil dari campuran 3 1/2 cawan air + 1 cawan santan pekat, saya tak suka terlalu pekat sangat. Tapi kalau anda suka lemak, boleh ubahsuai) • Garam . Cara penyediaan : • Masukkan semua dalam periuk dan masak seperti nasi biasa. • Bila air kering, gembur perlahan. Saya biarkan dalam mode “keep warm” selama 10 minit baru off kan plug. Sambal Sotong Kering (ada yang panggil cumi-cumi) . Bahan kisar : . • 2 genggam cili kering (rebus hingga didih supaya lembut & toskan) • 3-4 biji bawang besar (guna bawang merah pun boleh) • 5 ulas bawang putih . Bahan lain : . • 1 mangkuk sotong kering - rendam 4 jam atau semalaman, kemudian bilas/ramas sedikit & toskan • Air asam jawa - asam jawa sebesar ibu jari diperah bersama 1/2 c...

Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri

Nasi Beriani Oleh : Surianti Ramli . Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan) 2 sudu besar rempah beriani(dijadikan pes iaitu ditambah sedikit air, saya biasa pakai rempah Faiza & Maggi) 1 kiub pati ayam 6 cawan air 1/2 cawan susu cair Garam Pewarna kuning & oren . Bahan tumis : 2 sudu besar minyak sapi Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga) 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 2 inci halia dimayang 2 helai daun pandan . Cara masak :  1. Cairkan minyak sapi. 2. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum.  3. Masukkan pes rempah beriani dan kiub pati ayam.  4. Masukkan beras. Kacau perlahan anggaran 2 minit.  5. Masukkan air bersama susu cair. Kacau rata, masak seperti nasi biasa. 6. Bila nasi telah mulai masak, lubangkan nasi dan titiskan pewarna oren & kuning berselang seli. Biar 10 minit & gembur perlahan. Ji...

Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yang simple dan sedap, kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim, Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap. Ayam Panggng Mayonis Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam saiz sederhana  Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti) Bahan tumbuk : 7 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan perapan : 4 sudu besar mayonis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar cili serbuk 1 sudu besar madu 1 sudu kecil garam halus Cara penyediaan : Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun boleh), direbus separuh masak dalam air hingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan. Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pada ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman) Bakar menggunakan oven atau pemanggang hingga masak. Nasi Planta Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi 6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pada jenis beras yang kita gunakan) 1 kiu...

Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim, Resepi nasi lemak tumis (tanpa santan) ini pernah saya share dulu dalam IG dan blog. Nasi ini popular di negeri Kedah tempat kelahiran saya, memang menggamit nostalgia tiap kali memasaknya. Nasi Lemak Tumis (tanpa santan) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras 4 - 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing) 1 sk kunyit serbuk (jika suka nasi kuning, tapi saya tak letak kali ini) Garam -masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi. Bahan tumis : 1/2 senduk minyak masak (Saya guna minyak jagung) 1 inci halia 1 helai daun pandan disimpul 1 batang serai diketuk 5 ulas bawang merah dimayang 3 ulas bawang putih dimayang Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, binga lawang, buah pelaga) -panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis di atas hingga harum. Tuangkan ke dalam periuk nasi. Kacau rata dan on plug, masak seperti memasak nasi biasa. Sambal Bilis Oleh : Surianti Ramli Bahan kisar : 2 ...

Nasi Kacang Dal pembuka selera bersama Ayam Masak Ros yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hidangan tengahari tadi, seperti yang dijanjikan dalam Instagram, Sue akan masukkan resepinya petang tadi. Tapi disebabkan ada hal yang perlu diuruskan, tertangguh hingga malam. Nasi Kacang Dal Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam dengan air biasa 30 minit dan toskan) 6 cawan air  1/2 cawan susu cair 1/2 cawan kacang dal (rendam 1 jam, kemudian direbus empuk) Garam kasar Gula  Pewarna kuning Bahan kisar : 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan tumis : 3 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar minyak jagung 2 helai daun pandan 1 tangkai bunga cengkih 1 tangkai bunga lawang 1 biji buah pelaga 1 batang kayu manis 1 labu bawang besar didadu  Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung. Tumis bahan tumisan hingga harum. 2. Masukkan bahan kisar. Kacau sekejap hingga sedikit didih. 3. Masukkan beras, kacau goreng dalam anggaran 1 minit.  4. Masukkan air, susu cair, ga...

Nasi Daging Utara menu popular di utara

Bismillahirrahmanirrahim, Menu popular di negeri utara Semenanjung. Kebiasaannya dihidangkan sebagai nasi kenduri dan juadah makan tengahari di rumah. Resepinya pula mempunyai banyak versi, masing-masing ada cara tersendiri untuk memasak dan keluarga Sue terutama anak-anak memang sangat sukakannya. Dulu Sue pernah kongsi resepinya dan boleh lihat di  sini (sila klik)  . Nasi Daging Utara Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan/cup beras (kali ini Sue gunakan basmathi) -dicuci bersih, rendamkan 30 minit dan ditoskan. 1 kg daging -dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi. Bahan tumis : 2 sb mentega @ 2 sb minyak masak Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga) 5 ulas bawang merah dihiris nipis 2 ulas bawang putih dihiris nipis 2 inci halia diracik halus 2 helai daun pandan disimpul Bahan kisar : 1 batang kayu manis 1 kuntum bu...

Nasi berlauk mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam menu utk brunch (breakfast + lunch). menu sarapan popular di Kelantan. Mudahnya memasak gulai darat sbb tak perlu tumis, ringkas dan sedap. Alhamdulillah. Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1/2ekor ayam dipotong kecil dan dicuci bersih 2 sb rempah gulai cap rose (jika tiada, boleh gunakan rempah kari jenama lain) 1 sb cili kisar *5 ulas bwg merah *1 ulas bwg putih *1/2 inci lengkuas *1/2 inci halia 2sdb ketumbar -disangai dan ditumbuk halus 2 sd kerisik 1- 2 keping asam jawa 3 cwn air 1 cawan santan pekat 1/4 keping nise (gula melaka) Garam Ubi kentang Kacang panjang Terung Cili merah/hijau Cara penyediaan : 1. Bahan bertanda * dikisar halus. 2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar, kerisik,ketumbar, asam keping, nise dan rempah gulai. Kacau sebati. 3. Masukkan air ke dalamnya dan biar hingga mendidih (ayam empuk). Kemudian masukkan kentang. Biar sekejap hingga kentang ...

Nasi Ayam Karamel yang sedap, kesukaan keluarga

Bismillah.. Maaf kawan2, gambar makanan lalu lalang lagi..ini pun cerita beberapa bulan lepas. Sue sekadar berkongsi resepi & memberi idea utk dicuba oleh kwn2. Nasi Ayam Karamel... jgn risau, tak manis sbb kita bukan minum air gula hihi.. Nasi Ayam Karamel Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam Karamel 1 ekor ayam (boleh potong kecil @ boleh juga seekor) 2 senduk gula pasir 5 ulas bawang putih ditumbuk halus 1 inci halia ditumbuk halus 1 helai daun pandan Secubit garam Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam) -masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2-3 jam). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi. Kicap 1 cawan air rebusan ayam karamel 1/4 cawan kicap (anggaran) 1 sk sos tiram -masak...

Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan

Bismillahirrahmanirrahim.. nasi lemak tumis yang lembut & harum. Rasanya seakan-akan nasi lemak biasa, hanya kita tidak gunakan santan..sesuai bagi yang nak kurangkan kolestrol...Selain dari makan dengan sambal bilis, sesuai juga dimakan dengan ayam masak merah, sambal udang, sotong dll. Nasi Lemak Tumis (tanpa santan) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras 4 - 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing) 1 sk kunyit serbuk Garam -masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi. Bahan tumis : 1/2 senduk minyak masak (Sue guna minyak bunga matahari) 1 inci halia 1 helai daun pandan disimpul 1 batang serai diketuk 5 ulas bawang merah dimayang 3 ulas bawang putih dimayang Rempah 4 sekawan -panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis di atas hingga harum. Tuangkan ke dalam periuk nasi. Kacau rata dan on plug, masak seperti memasak nasi biasa. Sambal Bilis Oleh : Surianti Ramli  Bhn : 2 genggam cili kering -rebus dengan air hingga ...

Nasi Beriani resepi mudah dan sedap ala-ala nasi kenduri

Bismillahirrahmanirrahim.. Agak lama sebenarnya Sue tak masak nasi beriani, tapi musim cuti sekolah ni ada banyak masa di rumah, terlaksana juga hajat untuk memasak nasi beriani. Seperti biasa, resepi Sue yang mudah saja. Tapi rasanya alhamdulillah sedap. Anak2 dan hubby cakap dah macam rasa nasi kenduri hihihi... Gambar dari dalam periuk Nasi Beriani Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih dan rendam 30 minit) 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 2 inci halia dimayang 2 helai daun pandan disimpul 1/2 peket perencah nasi beriani Faiza (dijadikan pes iaitu ditambah 1/4 cawan air) 1 kiub pati ayam 4 cawan air 1/2 cawan susu cair 2 sb minyak sapi  + 1 sb minyak masak (untuk menumis) Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih) Garam dan gula secukup rasa Cara Memasak  (dengan periuk biasa) : Cairkan minyak sapi. Masukkan minyak masak. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekaw...

Sedapnya Nasi Dagang

Nasi dagang antara makanan kegemaran Sue dengan hubby. Biiasanya Sue beli je nasi dagang sebab tak tahu cara memasak. Tapi memang berkeinginan sangat untuk masak sendiri,.Alhamdulillah, hajat terlaksana baru-baru ini. Dapat tambah nasi berpinggan-pinggan. Sedap !  Nasi Dagang Sumber ; Minami/Myresepi Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan ( 5-6 orang ) **NASI** # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut # 1/2 tin santan # garam dan gula # 1 sudu besar halba # bawang dan halia (hiris halus2) # air Cara-cara NASI : Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan k...

Nasi Ayam Karamel

Hidangan hari Jumaat, cukuplah nasi ayam kegemaran kami sekeluarga. Lagi pun hari Jumaat ni, sekolah Sue masuk awal. Masak pun yang cepat je. Sedap tau nasi ayam karamel ni. Jangan risau, bila dah masak, tak terasa pun manis gula tu. Nasi Ayam Karamel Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam Karamel 1 ekor ayam (boleh buat seekor terus atau pun boleh juga dipotong kecil( 2 senduk gula pasir 5 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 1 helai daun pandan Secubit garam Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam) -masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2 jam tadi). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi. Kicap 1 cawan air rebusan ayam karamel 1/4 cawan kicap 1 sk so...

Nasi Beryani Ayam Hadhramaut original resepi dari tanah Arab

Alhamdulillah...sedapnya makan nasi hari ini. Rempah ratusnya Sue beli dari Lydia Honey dari bulan Julai dulu lagi...tapi baru hari ini berkesempatan untuk masak...Memang Sue ikut resepi Lydia 100% tanpa mengubah. Walaupun nampak macam banyak bahan yang digunakan, tapi cara memasaknya amatlah mudah. Nasi Beryani Ayam Hadhramaut Sumber : Lydia Honey Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan untuk merebus ayam : 2 ekor ayam - potong 4 1/4 cmt nutmeg powder (pala) 1/2 cmt cardamom powder (buah pelaga) 1 cmt Arabic mix spices 2 helai daun bay 1/2 camt kayu manis powder 3-4 kuntum bunga cengkih 1 camt corainder powder (ketumbar) 1/2 cmt serbuk lada hitam 1 camt cummin powder (jintan putih) 1 camt ginger powder (halia) 1 biji tomato yang ranum- dibelah 4 1 labu bawang besar - didadu kecil 1 biji lada hijau - belah 2 garam secukup rasa Air secukupnya -Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam. Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 45 minit...