Selamat berpuasa semua.. Sue masak tomyam ni atas permintaan anak-anak. Bila perut tengah lapar, semua rasa nak makan. Mujur jugak masak tomyam ni mudah. Berkejar masa pun sempat lagi. Bahan-bahan : 3 ketul kiub tomyam knorr* 1.5 liter air* Isi ayam secukupnya(dipotong)* 3 batang serai diketuk* 2 inci halia* 2 inci lengkuas* Bawang besar dipotong bulat* 1 biji tomato besar dipotong dadu* Sayur campur Udang Sotong Daun limau Cili padi Garam # jika suka pedas, kisar cili padi bersama 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dan rebus bersama bahan bertanda * Cara masak : 1. Rebus bahan bertanda * hingga mendidih dan ayam menjadi empuk. 2. Masukkan udang, sotong, daun limau, cili padi, sayur campur dan garam secukupnya. Jangan masak terlalu lama, nanti sotong dan udang jadi liat. Siap. Cara Sue yang simple. Selamat mencuba :)
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...