JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, July 27, 2013

Kurma Daging

Salam 18 Ramadhan, antara menu hari ini untuk dimakan dengan nasi lobak merah.


Kurma Daging

Bahan-bahan :

1kg daging
7 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
3 ulas bawang merah (untuk tumis)
2 ulas bawang putih (untuk ditumis)
1 inci halia diracik (untuk ditumis)
1 bungkus rempah kurma (saya guna Adabi) dicampur sedikit air dan dijadikan pes yang pekat
Rempah 4 sekawan
1 cawan santan
3 biji ubi kentang dipotong 4 bahagian setiap satu
Cili hijau
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 sudu besar air limau nipis

Cara masak :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan hingga harum.
2.  Masukkan pes kurma dan masak dalam api perlahan hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan rebus bersama air hingga daging empuk.
4. Masukkan air limau nipis, ubi kentang, santan dan garam secukupnya.
5.  Bila ubi kentang telah mulai empuk, masukkan cili hijau.
6. Tutupkan api dan sedia dihidang.