Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, July 23, 2013

Sawi Goreng

Antara menu hari ini, tengah ada mood memasak sejak baik,dari demam hari tu.


Sawi Goreng

Bahan-bahan :
2 ikat sawi  dicuci bersih dan dipotong
1 labu bawang besar dipotong bulat (saya potong baji)
1 genggam ikan bilis
1 biji lada merah dipotong
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
(Saya guna jenama Tumix)
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam

Cara masak :
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
2. Masukkan bawang besar dan sedikit air (jangan guna banyak air kerana sawi goreng ini dimasak kering dan tanpa kuah).
3. Masukkan garam dan serbuk pati ikan bilis. Kacau sekejap.
4. Masukkan sawi bersama lada merah dan dikacau goreng rata.

Sedia dihidang.

*jangan letak terlalu banyak garam kerana ikan bilis dan serbuk pati ikan bilis telah sedia masin.

No comments:

Post a Comment