Hari yang sibuk + kurang rajin, maka terhasillah paprik campur untuk lunch. All in one, sayur dan lauk. Penyediaannya cepat dan mudah, tak sampai setengah jam dah pun siap. Apa yang paling penting, dimasak dengan penuh kasih sayang, anak-anak dengan hubby pun suka. Alhamdulillah... Gambar pun snap dari kuali je. Paprik Campur Bahan-bahan : 1 keping dada ayam dipotong kecil Sedikit daging lembu yang dipotong kecil 4 ekor sotong 10 ekor udang Bunga kobis Anak jagung Karrot 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar sos cili thai 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar sos cili 2 batang serai diketuk 1 inci halia diracik 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar Cili merah dipotong 1 biji buah tomato dipotong lapan 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air Sedikit air kosong Garam/gula secukup rasa 4 sudu besar minyak masak Daun limau Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, serai serta halia, masukkan daging dan sedikit air...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...