Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kek

Kek Pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim, Sedap, gebu dan lembab kek pisang ni. Simpan semalaman lagi sedap. Kek Pisang Gebu . Bahan-bahan : 225 g mentega 180 g gula perang 4 biji telur gred A 100 g susu segar 150 g pisang ranum yang dilecek (saya guna pisang emas) 300 g tepung gandum* 1/2 sudu kecil baking powder* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* (bahan bertanda * disatukan dan diayak) . Hiasan tabur di atas : 2 biji pisang ( dihiris bulat nipis letak atas kek) . Cara penyediaan : 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi. 3. Masukkan bahan ayak dan susu berselang seli sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. 4. Matikan mixer dan masukkan pisang lecek. Gaul sebati dengan spatula. 5. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah digris dan dialas. 6. Ratakan adunan, hentak loyang 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara. Susun hirisan pisang di atasnya. 7. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dulu. Bakar kek pi...

Kek Fruit Pastry Viral yang memang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, . Resepi kek ini saya pernah kongsikan dalam majalah Aroma bulan Feb 2016 dan memang sedap. Baca resepi sampai habis tau 😍 . Fruit Pastry Cake . Bahan-bahan : • 100 g mentega • 180 g gula caster (saya letak 160 g) • 50 g sour cream (atau greek yogurt perisa asli) • 3 biji telur gred A (dipukul sedikit dengan garfu) • 1/2 sudu teh esen vanilla • 1 sudu teh pes lemon (atau pati sunquick) • 210 gm tepung naik sendiri . Bahan hiasan : • Buah-buahan seperti strawberi , blueberry, peach, kiwi, nenas, epal dan lain-lain jenis buah yang tidak terlalu berair. Jika menggunakan buah dalam tin, airnya hendaklah ditoskan dan buah perlu dilap kering. . • Snow powder secukupnya (untuk ditabur atas kek yang telah masak) . Cara penyediaan : 1. Pukul mentega , gula dan sour cream sehingga kembang dan ringan. 2. Masukkan telur sambil dipukul lagi. Bila telah sebati, masukkan esen vanilla dan pes lemon. 3. Masukkan tepung dan kacau secara kaup bali...

Rich Banana Bread untuk minum petang, rasanya seakan kek pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim, Rich Banana Bread untuk minum petang , resepi saya pernah share dua tahun lepas. Mudah & sedap, walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap, gebu dan lembab seakan kek pisang . Resepi ini saya dapat hasil berjalan ke website,  allrecipes.com  dan saya ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Mudah disediakan tanpa penggunaan mixer. Nak tahu sedap & gebu yang bagaimana, anda mesti cuba ya  ✌️ Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : (Sukatan cawan metrik) 1/2 cawan minyak jagung (atau butter dicairkan) 1 cawan gula castor 2 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 1/2 cawan tepung gandum 1 st baking powder 1/2 st soda bikarbonat 1/2 st garam 1/2 cawan yogurt plain 1/2 cawan walnut cincang 4 biji pisang emas dilecek Cara penyediaan :  1. Dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula.  2. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisker hingga sebati.  3. Satukan tepung, baking powder dan...

Kek Marble Lembut yang gebu dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Entry tertangguh, sebenarnya Sue dah post dalam fb dan IG. Kek marble yang lembut & gebu tanpa serbuk penaik. . Kek Marble Lembut (loyang 8 x 8 inci) Oleh : Surianti Ramli . Bahan A : 150 gm butter dicairkan (timbang dulu baru cairkan) . Bahan B : 5 biji telur gred A 230 gm tepung gandum 170 gm gula caster 1 sudu besar ovalete (sudu metrik) 50 ml susu cair 1 sudu teh esen vanila . Bahan lain : Pewarna/perisa kesukaan (saya gunakan strawberry emulco dan serbuk koko) Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang Kertas minyak . Cara penyediaan : 1. Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya. 2. Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu (anggaran 7 minit) 3. Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik hingga sebati. 4. Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berse...

Butter Cheese Cake yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hampir sebulan Sue tak update Fb disebabkan kesibukan dengan sekolah dan berkejar ke sana sini menguruskan pelbagai urusan. Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2017, Butter Cheese Cake antara resepi terawal yang Sue kongsikan semasa baru membuka blog masakan dulu. Keknya gebu, lembut dan sangat sedap pada citarasa kami sekeluarga. Penggemar cheese pasti sukakannya. Resepi wajib cuba, sedap 😊 Butter Cheese Cake Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 250 gm butter 150 gm cream cheese (Sue pakai Tatura) 200 gm gula caster (Sue letak 160 gm) 5 biji telur gred A 1 sk esen vanila 250 gm tepung gandum (Sue guna superfine) 1 1/2 sk baking powder Cara penyediaan : 1. Satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati dan tidak berketul. 2. Masukkan telur 1 / 1 sambil dipukul lagi. 3. Masukkan esen vanila. 4. Masukkan bahan aya...

Kek Pisang terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Antara kek pisang yang wajib dicuba. Sedap & memang sedap. Kek Pisang Gebu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 225 g butter 200 g gula kastor 4 biji telur gred A 150 gm susu segar 150 gm pisang ranum yang dilecek (saya guna pisang emas) 300 g tepung gandum* 1 sudu kecil baking powder* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* 50 g badam cincang 50 g coklat rice (bahan bertanda * disatukan dan diayak) Hiasan (tabur di atas) : 2 biji pisang ( dihiris bulat letak atas kek) 1/4 cawan hirisan badam Cara penyediaan : Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu per satu sambil dipukul lagi. Masukkan bahan ayak dan susu berselang seli hingga habis sambil dipukul perlahan. Matikan mixer dan masukkan pisang lecek, coklat rice dan badam cincang. Gaul sebati dengan spatula. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah digris dan dialas. Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya dan tabur hirisan badam. Bakar dal...
Bismillahirrahmanirrahim... Misi menghabiskan ceri, maka terjadilah kek ini. Hasil berjalan2 ke blog omputeh. Tapi Sue ubahsuai sedikit dari resepi asalnya mengikut kesesuaian bahan. Cherry Butter Cake Oleh : Surianti Ramli (Loyang 8 x 4 inci) Bahan2 : 125 gram mentega 1/2 cawan gula kastor 2 biji telur gred A 1 sb sunkist 1 1/2 cawan tepung gandum * 1 st baking powder * 1/2 cawan susu segar Hirisan ceri merah dan hijau secukupnya (Sue letak 1/2 cawan) Badam cincang utk tabur di atas kek -bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : Ambil 1 sb tepung gandum dan gaul sebati dengan buah ceri. (Ini bertujuan supaya ceri tidak mendap ke bawah kek). Ketepikan dulu. Putar mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi. Masukkan sunkist. Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kacau secara kaup balik. Masukkan ceri merah dan hijau yang telah digaul 1 sb tepung gandum tadi. Kacau sebati . Tinggalkan sedikit untuk tabur...

Marble Butter cake yang sedap, tak jemu dimakan dan tutorial membuat belang pada kek

Bismillahirrahmanirrahim.. . Blog hampir bersawang, Sue sibuk dengan projek biskut raya,  alhamdulillah hari ini berkesempatan update blog. Cerita beberapa minggu lepas,setelah balik kenduri, masih lapar. Buatlah kek ni.. sebenarnya resepi ini sama saja seperti kek marble biasa. Menggunakan resepi basic cake. Marble Butter Cake (loyang bulat 8 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 225 g butter (saya guna unsalted Anchor) 200 g gula castor  4 biji telur gred A 1 sk esen vanila 50 ml susu segar 225 g tepung superfine * 1 sk baking powder * 2 sb serbuk koko Bahan bertanda * di atas disatukan dan diayak Cara penyediaan : - pukul butter dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat. -masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. -masukkan esen vanila. -masukkan susu segar berselang seli dengan bahan ayak hingga habis. Kacau sebati. -bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan serbuk koko dan warna asal. -griskan loyang. Alas deng...

Kek Buah Bakar yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Cerita beberapa minggu lepas juga, Kek Buah versi bakar, kalau nak tengok versi kukus, boleh view dlm menu atau taip dalam search album atau scroll ke bawah dulu Sue dah pernah share. Kek Buah Bakar (loyang 8 x 8 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan A: 250 gm butter (saya guna Anchor) 150 gm gula castor 4 biji telur gred B 1 st esen vanila 250 gm tepung gandum* 1 st baking powder* 50 ml susu segar -bahan bertanda * disatukan dan diayak. Bahan B : 300 gm buah-buahan campuran (mix fruits) 50 gm tepung gandum -kedua-dua jenis bahan ini digaul rata. Tujuannya supaya bila kita bakar kek, buah2an tidak tenggelam ke bawah. Ketepikan. Cara penyediaan : 1. Pukul butter dan gula menggunakan mixer hingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. Masukkan esen vanila. 3. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan susu hingga habis. (Peringkat ini, mix perlahan sahaja) 4. Matikan mixer dan masukkan Bahan B, kacau perlahan menggunakan spatula ...

Rich Banana Bread sedap dan mudah, moist je..

Bismillahirrahmanirrahim.. Walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap dan lembab seakan kek. Hasil berjalan ke website mem,  allrecipes.com.  Sangat mudah disediakan tanpa penggunaan mixer, hanya gunakan whisker atau senduk kayu pun boleh. Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : (Sukatan cawan metrik) 1/2 cawan minyak jagung (atau butter cair) 1 cawan gula castor 2 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 1/2 cawan tepung gandum 1 st baking powder 1/2 st soda bikarbonat 1/2 st garam 1/2 cawan yogurt plain 1/2 cawan walnut cincang 4 biji pisang emas dilecek Cara penyediaan : -dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisk hingga sebati. Satukan tepung, baking powder dan soda (Ayak). Masukkan ke dalam campuran butter tadi bersama garam. Whisk sebati. Akhir sekali masukkan yogurt, walnut dan pisang. Gris loyang dengan butter dan masukkan adunan. Panaskan oven terlebih dahulu dan bak...

Kek buah Kukus yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Memenuhi permintaan kawan2 yang meminta Sue share kan resepi kek buah kukus,.  Bahagian dasar/bawah kek Kek Buah Kukus Oleh : Surianti Ramli http://www.jendeladapursurianti.blogspot.my Bahan A 300 gm gula pasir 60 ml air panas 250 gm butter 1 sb susu pekat 1 sb oren sunquick 400 gm mixfruit - masak gula hingga cair keperangan, masukkan air panas perlahan-lanan. -masukkan butter dan biarkan butter cair. -masukkan susu pekat, oren sunquick & mixfruit. Kacau sebati, matikan api dan biar hingga sejuk. Ketepikan. Bahan B (ayak) 350 gm tepung gandum 1 sk cream of tartar 1 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder 1 sk cinnamon powder -satukan semua bahan B dan ayak. Ketepikan. (Semua bahan B ini boleh dibeli dikedai peralatan kek). Bahan C 3 biji telur gred A 1 sk esen vanila. - pukul bahan ini dengan mixer hingga benar-benar kembang. Cara : -Satukan Bahan B (bahan ayak) ke dalam Bahan A. Masukkan sedikit demi...

Kek Marjerin Fruity

Bismillahirrahmanirrahim.. Sedap kek ni, bila kita gigit terasa buahnya. Sue ambil resepi ni dari Fb Azlina Ina. Anak-anak dan hubby pun suka, sedap dan kurang manis. Selamat mencuba. Kek Marjerin Fruity Sumber : Azlina Ina Olahan semula : Surianti Ramli Bahan-bahan : 250 gm marjerin 1/2 cawan gula caster 4 biji telur A 2 sb oren sunquick 1 cawan buah2an kering (rendam 5 minit dalam air suam, tos dan buang airnya. Ketepikan) Bahan ayak : 3 cawan tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 2 sk baking powder Bahan karamel : 1/2 cawan gula pasir 1/4 cawan air panas -masak gula atas api perlahan hingga gula cair dan menjadi perang. Tuang air panas perlahan-lahan, kacau sekejap. Matikan api dan biar sejuk. Cara penyediaan kek : 1. Pukul marjerin dan gula caster hingga kembang dan putih. 2. Masukkan telur 1 per 1 sambil dipukul lagi. 3. Bahan ayak (tepung, soda dan baking powder) digaulkan sebati bersama buah-buahan kering. Masukkan campuran bahan ini sedikit dem...

Kek Pisang sedap dan gebu

Bismillahirrahmanirrahim..petang terpesona tengok kek pisang kak Ummi Zaihadi ..terus pegi beli bahan & buat..serius, terlajak sedap kek pisang ni..lembut dan gebu..lain sangat dari kek pisang yang Sue pernah makan. Wajib cuba, percayalah..makan tak jemu dan tak muak. Memang tak sama dengan resepi yang pernah Sue buat sebelum ni. Banana Chocolate Rice Cake Sumber : kak Ummi Zaihadi Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan A:- 150 gm marjerin (Sue guna butter Anchor) 150 gm gula kastor (Sue letak 120gm) 3 biji telor 100 gm susu segar 100 gm pisang ranum yang dilecek (Sue guna pisang berangan) Bahan B:- 200 gm tepung berprotein rendah (Sue ikut kak ummi guna tepung naik sendiri) 30 gm chocolate rice 1/4 sudu teh soda bikarbonat Hiasan:- 2 biji pisang ( dihiris bulat letak atas kek, tapi Sue tak letak) 1/4 cawan hirisan badam (Sue ikut kak ummi ) Cara-Cara:- Pukul marjerin (mentega) dan gula hingga nampak keputihan. Masukkan telor satu per satu (*pukul telor hingg...

Snow Cheese Cake yang sangat sedap step by step cara membuatnya

Alhamdulillah..kek ini antara yang mendapat rating tertinggi dalam jendeladapursurianti..antara kek terawal yang Sue post kan resepinya. Kali ini, Sue nak kongsikan resepi yang sama tapi dengan step by step cara membuatnya. Post yang lama boleh juga lihat di  sini (sila click) Bahan yang digunakan : Nota : *butter yang dicairkan boleh diganti dengan minyak jagung. *tepung hongkong boleh digantikan dengan tepung gandum. Cawan yang digunakan untuk menyukat, boleh dibeli dikedai bakery dengan harga tak sampai RM5. Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan kecuali butter cair.  2. Pukul dengan mixer anggaran 5 - 7 minit. 3. Adunan telah mula kembang dan menjadi putih pucat. 4. Masukkan butter cair dan pukul lagi anggaran 3 minit. 5. Sediakan loyang bulat 8 inci, yang digris dengan mentega dan dialas dengan baking paper serta digris sekali lagi. Boleh gunakan 1 loyang sahaja, tapi nanti kek yang telah masak mesti dipotong menjadi 2 lapisan yang s...

Kek Marble lembut dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim... Kek ini buat beberapa hari lepas. Sebenarnya resepi ini sama saja  seperti kek marble biasa. Hanya Sue tambahkan whipping cream untuk memberi rasa sedikit creamy dan alhamdulillah, lembut dan sedap pada selera kami sekeluarga. Kek Marble Lembut Oleh ; Surianti Ramli Bahan-bahan : 250 g butter (saya guna Anchor) 200 g gula castor  4 biji telur gred  A 1 sk esen vanila 60 ml Whipping Cream (Anchor dairy whipping cream) 250 g tepung superfine * 1 sk baking powder * 2 sb serbuk koko Pewarna pink atau apa2 kesukaan anda Bahan bertanda * di atas disatukan dan diayak Cara penyediaan : - pukul butter dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat.  -masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. -masukkan esen vanila. -masukkan whipping cream berselang seli dengan bahan ayak hingga habis. Kacau sebati. -bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Saya letakkan serbuk koko, warna pink dan wa...

Kek Marble Susu sedap sukatan cawan

Kek Marble Susu ni sebenarnya Sue buat minggu lepas. Tapi belum sempat nak update dalam blog waktu itu disebabkan sibuk dengan penyediaan kertas peperiksaan akhir tahun..hari ini baru berkesempatan..kebetulah sekolah dicutikan kerana masalah jerebu..sambil duduk2 je dalam rumah, sambil update blog.. Sedap tau kek ni..rasa lembab2 susu pekat dan mudah pula membuatnya, sukatan pun menggunakan sukatan cawan je....tak sempat nak ambil gambar banyak..sekali hadap makan..kalau anda baru nak cuba, boleh buat setengah adunan dari resepi di bawah ya.. Kek Marble Susu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ketul butter (Sue guna pure butter Anchor) 3/4 cawan gula kastor 1/2 cawan susu pekat 4 biji telur (Sue guna saiz A) 2 1/2 cawan tepung gandum * 1 sk baking powder * 2 sb serbuk koko Bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : -pukul butter dan gula hingga kembang dan putih. -masukkan susu pekat. -masukkan telur satu demi satu sambil dipuku...

Victoria Sandwich Cake a.k.a kek bangsawan

Bismillahirrahmanirrahim.. Jom kita minum petang dengan kek kegemaran Ratu Victoria. Kawan2 Sue panggil kek ni sebagai kek bangsawan..hihi..ok la tu. Senang sebenarnya cara menyediakan kek ni. Semuanya menggunakan bahan asas yang sama timbangannya..mari kita lihat resepi. Victoria Sandwich Cake Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 250g butter 250g gula castor (saya letak 200g) 250g telur (pecahkan telur dan timbang) 250g self raising flour 3 sb susu cair 1 st esen vanila -pukul  butter dan gula hingga kembang. -masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dan masukkan esen vanila. -masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Kacau secara kaup balik. - griskan loyang, alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Tuangkan adunan. -panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek hingga masak. (Oven saya suhunya 160'C selama 45 minit). -sejukkan kek atas redai dan barulah potong kek kepada 2 bahagian yang sama tebal. Bahan hiasan :...