JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, July 13, 2013

Puding Jagung

Puding ni antara yang selalu Sue masak, simpan dalam peti sejuk. Sedapnya dengan rasa jagung manis. Kalau tidak suka terlalu manis, anda boleh kurangkan gulanya.  Cara memasaknya pun mudah dan cepat. Biasanya Sue memang masak yang simple, maklumlah dengan nak mengejar masa dengan kerja...


Puding Jagung 

Bahan-bahan :
1 tin jagung (dimesin halus)
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 tin gula (ikut sukatan tin jagung)
1 tin tepung kastard (ikut sukatan tin jagung)

Cara masak :
1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau dalam api perlahan sehingga pekat dan berkilat.
2. Masukkan dalam loyang, sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti ais.
Siap.