JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Friday, September 15, 2017

Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan


Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi nasi lemak tumis (tanpa santan) ini pernah saya share dulu dalam IG dan blog. Nasi ini popular di negeri Kedah tempat kelahiran saya, memang menggamit nostalgia tiap kali memasaknya.

Nasi Lemak Tumis (tanpa santan)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras
4 - 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing)
1 sk kunyit serbuk (jika suka nasi kuning, tapi saya tak letak kali ini)
Garam
-masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi.

Bahan tumis :
1/2 senduk minyak masak (Saya guna minyak jagung)
1 inci halia
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, binga lawang, buah pelaga)
-panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis di atas hingga harum. Tuangkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata dan on plug, masak seperti memasak nasi biasa.

Sambal Bilis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan kisar :
2 genggam cili kering -rebus dengan air hingga didih, matikan api biar sekejap & toskan
2 - 3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 genggam ikan bilis
1 sb minyak masak
Air secukupnya
-kisar bahan diatas hingga halus

Bahan lain :
1 senduk minyak utk menumis
Semangkuk kecil ikan bilis
1 labu bawang besar dihiris nipis
Garam
Gula secukup rasa
3 sb air asam jawa

Cara :
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis separuh garing, masukkan bawang besar. Kacau hingga layu. Terus masukkan bahan kisar dan masak api perlahan hingga didih. Masukkan garam & gula serta air asam jawa secukup rasa. Masak hingga pecah minyak. Tutup api. Siap.


Saturday, September 9, 2017

Kek Marble Lembut yang gebu dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Entry tertangguh, sebenarnya Sue dah post dalam fb dan IG.
Kek marble yang lembut & gebu tanpa serbuk penaik. .



Kek Marble Lembut (loyang 8 x 8 inci)
Oleh : Surianti Ramli
.
Bahan A :
150 gm butter dicairkan (timbang dulu baru cairkan)
.
Bahan B :
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalete (sudu metrik)
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
.
Bahan lain :
Pewarna/perisa kesukaan
(saya gunakan strawberry emulco dan serbuk koko)
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
2. Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu (anggaran 7 minit)
3. Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik hingga sebati.
4. Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang kek sedikit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
5. Bakar hingga masak pada suhu 160'C selama 45 - 50 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).
6. Sejukkan diredai.