Sayur Kobis Goreng Ala Mamak yang sedap, sesuai untuk yang berdiet atau pun vegetarian. Mudah cara membuatnya, jangan lupa cuba ya.. Kobis Goreng Ala Mamak Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1/2 biji kobis dicuci bersih dan dihiris 1/2 batang karot dipotong mancis 3 ulas bawang merah dihiris 1 ulas bawang putih dihiris 1 - 2 tangkai daun kari dilurut 1 sk kunyit serbuk 1 sk serbuk cili 1 sk biji sawi 3 biji cili kering (potong 3 tiap satu) 1 biji cili hijau dihiris Garam secukup rasa Air (jika perlu sedikit saja kerana sayur ini digoreng kering, tapi Sue tak letak pun air) Minyak untuk menumis Bahan tumbuk : 1/4 inci halia 2 ulas bawang putih 1 sk jintan putih Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak , tumis biji sawi hingga garing. Masukkan bawang putih & bawang merah yang dihiris bersama cili kering dan daun kari. Tumis hingga harum. 2. Masukkan bahan tumbuk, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau dengan cepat. 3. Masukkan sayur bersama garam. Kacau rata dan tutup kuali dengan t...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...