Bismillahirrahmanirrahim, Resepi ini Sue pernah kongsikan dulu, kali ini hanya ulang tayang. Sue letakkan semula resepinya. Antara resepi wajib cuba, mudah dan sedap. Kekal lembut walaupun seharian dan hingga keesokannya. Donut Gebu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum (sebaiknya guna tepung high protein, donut kekal lembut wpun telah sejuk) 1 sb marjerin 2 sb susu pekat manis 1 sudu teh yis 1/2 sudu teh double action baking powder 1 biji ubi kentang direbus empuk dan dilenyek 1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais) secubit garam Cara-cara : Kaedah uli menggunakan tangan , 1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 - 10 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis. 2. Satukan tepung, double action baking powder, marjerin, susu pekat manis, kentang dan garam. 3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (ti...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...