Salam 5 Ramadhan, menu hari ni simple je. Laksa Penang, ikut resepi mak mertua Sue. Family memang suka dengan laksa, kalau tak ada nasi pun tak apa. Sue pulak, makan setakat semangkuk je. Memang Sue agak kurang gemar jenis makanan berkuah. Makan semangkuk pun dah cukup. Nasi juga yang dicari. Itu pun yang kering tanpa kuah. Jom kita tengok bahan membuat laksa. Laksa Penang Bahan-bahan : Untuk kuah laksa : 1/2 kg ikan sardin segar dicuci bersih 2 ekor ikan gelama masam dicuci bersih 2 senduk cili kisar 5 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 batang serai* 1 senduk udang direbus* 2 inci belacan dibakar Bunga kantan Daun kesum Asam keping (saya gunakan 8 keping asam) *kuah laksa biasanya sedikit masam, terpulang pada kesukaan anda 2 liter air kosong Garam Bahan bertanda * dikisar halus Bahan sayur untuk diracik : Daun selum (boleh digantikan dengan daun salad) Daun gajus 2 labu bawang besar 1 biji timun Daun pudina (Saya...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...