Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, July 8, 2013

Ayam Panggang

Assalamualaikum, apa khabar semua. Sudah beberapa hari Sue tak update blog. Update fb je. Kerja sekolah banyak ditambah dengan pelbagai komitment (bunyi macam sibuk sangatlah ya...).
Ok tak nak membebel panjang, ni antara menu sepanjang beberapa hari Sue tak update blog. Sue panggang ayam ni menggunakan pemanggang ajaib (tengah top sekarang ni dengan pemanggang ajaib ni). Simple je, boleh cuba nanti bulan puasa.



Ayam Panggang

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong
5 sudu besar sos tiram*
1 labu bawang putih ditumbuk halus*
5 sudu besar kicap pekat manis*
3 sudu besar madu*

~tidak perlu garam atau gula kerana sos tiram, kicap dan madu telah cukup perisanya~

Cara Masak :
1. Ayam dicuci bersih dan direbus separuh masak. Toskan airnya.
2. Perap ayam tadi dengan bahan bertanda * selama 2 jam. (Lagi lama, lagi sedap)
3. Panggang ayam yang diperap selama 10 - 15 minit menggunakan pemanggang dalam api kecil. (Boleh juga dengan microwave)

Sedap dimakan dengan air asam

No comments:

Post a Comment