Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, July 27, 2013

Nasi Lobak Merah

Salam 18 Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 18 hari kita berpuasa. Hari ni Sue masak nasi lobak merah untuk dimakan dengan kurma daging. Acar buah pun ada, tapi acar buah yang ready made je (dibeli).  Dessert pulak, Sue masak agar-agar santan gula melaka. Ok, jom kita tengok resepinya.


Nasi Lobak Merah

Bahan-bahan :

4 cawan beras biasa (boleh juga menggunakan basmathi)
2 labu bawang besar didadu
1 kiub pati ayam
1 cawan susu cair
4 1/2 cawan air (sukatan air, sila ikut jenis beras masing-masing)
1 batang lobak merah diparut
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi (untuk tumis)
Garam
Gula

Cara masak :

1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar yang didadu, daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga harum baunya.
2. Masukkan beras dan goreng sekejap anggaran 5 minit.
3. Masukkan air, susu cair, parutan lobak merah, garam, gula dan kiub pati ayam. Kaedah seperti memasak nasi biasa.

Sedia dihidang





No comments:

Post a Comment