Bismillahirrahmanirrahim, Salam Ramadhan, jom kita tengok resepi serimuka yang sangat sedap ini. Serimuka Gula Merah (loyang 7x7 inci) Oleh : Surianti Ramli . Lapisan Bawah : 1 cawan pulut (rendam 1 jam, toskan) 1 1/4 cawan santan cair Secubit garam -kukus semua bahan selama 30 minit. -sapu loyang dengan sedikit minyak, alas loyang dengan plastik (saya pakai plastik saiz 12x12 inci), letakkan pulut yang telah dikukus tadi, tekan hingga padat. . Lapisan atas : 3/4 cawan gula merah 1/2 cawan air 1 helai daun pandan disimpul (satukan daun pandan, gula merah dan air, masak hingga gula larut. Ketepikan biar sejuk) 2 biji telur (saya pakai saiz A) 1 cawan santan pekat 3/4 cawan tepung gandum 2 sb tepung jagung Secubit garam -satukan air gula yang telah sejuk dengan semua bahan untuk lapisan atas, kacau sebati. Tapis. Masak sekejap atas api perlahan sekadar panas dan naik wap saja, jangan sampai mendidih. . Cara penyediaan serimuka : Panaskan periuk kukusan, balut tudungnya. Curah ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...