Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Thursday, December 11, 2014

Lompang Pandan untuk minum petang

Biasanya Sue buat lompang gula merah. Tapi kali ini teringin nak makan lompang pandan. Bahan semua dah ada di dapur, terus je buat. Kalau anda yang belum pernah cuba masak kuih lompang, cuba lah resepi ni. Asal resepinya dari emak mertua Sue. InsyaAllah menjadi. Ikut petua yang akan Sue tulis nanti ya...





Lompang Pandan
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)
1 sudu besar pandan paste untuk memberikan warna hijau

Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
Secubit garam halus
1 helai daun pandan
#gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula pasir  serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi)
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur , pandan paste dan jus pandan yang telah disejukkan tadi. Gaul sebati.
3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 - 12 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

* ada juga petua yang pernah Sue dengar supaya menyapu acuan lompang dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan supaya senang tanggal dari acuan. Jika anda tidak suka cara begini, boleh ikut petua cara yang Sue buat di atas iaitu merendamnya dalam air supaya sejuk.

Catatan : kuih lompang yang sebenar akan ada lesung pipit (lubang ditengahnya) setelah masak dikukus. Jika tiada, bermakna tidak menjadi.

Monday, December 8, 2014

Kek Kukus Velvet Hawflakes aka Kek Lapis Hawflakes

Teruja sungguh Sue buat kek ni. Tak sabar nak tengok hasilnya. Bila dah siap kukus...
Wow ! Sedap. Lagi bertambah sedap kalau letak banyak asam hawflakes tu.
Untuk kek kali ini, Sue kekurangan stok hawflakes. Lain kali akan letak banyak. Bila gigit je kek tu, terasa masam manisnya.





Kek Kukus Velvet Hawflakes/Kek Lapis Hawflakes
Sumber : Kak Fida Myresepi
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
5 biji telur - grade A yang sejuk(dari peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) *Sue letak 200g shj
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes

Cara-cara :
Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/minyak masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
Loyang dialas kertas dan sapu minyak. (Sue guna loyang 6" x 6" x 3"). Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
(Tips dari kak Fida ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan)
Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka.
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 minit kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Wednesday, December 3, 2014

Mee Kari sedap dan mudah penyediaannya

Dah lama teringin mee kari, baru kali ini dapat cuba memasak. Selalunya makan mee kari yang dimasak oleh kawan-kawan. Tapi kali ini, Sue masak ikut resepi seorang sahabat fb yang memang pakar memasak. Hasilnya, wow ! Sedap. Alhamdulillah...anak-anak dan hubby suka.
Sue copy paste resepi ini ya...




Mee Kari Ayam
Sumber resepi asal : Naimah Md Ludin
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 labu bawang besar (dadukan)
3 ulas bawang putih (racik halus)
3 sudu rempah kari daging (sy guna adabi)
1 sudu cili boh
1 tangkai daun kari
isi ayam
tauhu goreng (potong kecik)
fish ball & fish cake
kacang panjang (potong pendek2)
sodek/putik jagung
2 cawan pati santan
2 cawan air panas
1 senduk minyak (utk tumis)
gram dan gula secukup rasa
ulam:
taugeh-dicelur
sawi-dicelur
cili merah hiris nipis
buah limau nipis
bawang goreng
bua tomato dihiris nipis @guna buah tomato kecik2 tu

mee 2 bungkus-dicelur

cara
1)panaskan minyak, masukkan bawang besar n bawang putih.masukkan daun kari..biar garing
2)masukkan rempah kari +cili boh yg dibancuh air..tumis sampai masak dan garing.
3)masukkan isi ayam..gaul sebati..tambahkan 1 cawan air..biar mendidih
4)masukkan putik jagung ,kacang panjang dan pati santan yg ditambah 1 cawan air.biar sampai mendidih..
5)masukkan fish ball,fish cake dan tauhu goreng..perasakan garam dan gula.kacau sebati..biar 2-3mnt..padamkan api..
6) hidangkan bersama mee n ulam2...
*nak lagi sedap boleh tmbah kerang yg dh direbus n udang..

Monday, December 1, 2014

Kuih Lapis jalur merah putih

Dulu masa kecik, kalau dapat makan kuih lapis, Sue suka makan selapis demi selapis. Suka tengok lapisnya. Dengan   kombinasi rasa lemak dan manisnya. Sedap !
Ok jom kita lihat resepinya, Sue masak di kampung kuih ni, 



Kuih Lapis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
6 sb tepung beras
1 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sk garam
Pewarna merah
Esen ros
Sedikit minyak masak

Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak, adunkan hingga sebati menggunakan whisk atau pun senduk. 
2. Tapiskan adunan supaya tidak berketul.
3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu bahagian lagi dibiarkan kepada warna asal.
4. Panaskan air dalam periuk kukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak masak.  (Sue gunakan loyang segi empat bersaiz 6 inci x 6 inci x 3 inci)
5. Adunan merah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak, begitu juga dengan adunan putih. (Ini kerana, kita akan buat sebanyak  6 lapis semuanya)
6. Mulakan melapis 1 bahagian warna putih pada dasar loyang. Kukus selama 5 minit. Buat lapisan kedua dengan meletakkan 1 bahagian warna merah pula. Kukus selama 5 minit juga. Ulangi proses ini sehingga habis. Lapisan paling atas, dikukus selama 15 minit dan pada waktu ini, pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain/kitchen towel untuk mengelakkan air dari menitis dan terkena pada kuih.
7. Tunggu sehingga kuih telah sejuk barulah dipotong.