Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pie

Chicken Pie Step by Step mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim... Teringin sangat nak makan chicken pie, akhirnya malam ini Sue buat juga. Kebetulan bahan-bahan semua dah ada, apa lagi..terus masuk dapur. Alhamdulillah sedap, rasa ala2 karipap bakar. Yummy ! Chicken Pie Oleh : Surianti Ramli Mula-mula kita sediakan filling dulu, Bahan-bahan untuk filling (inti) : 2 keping dada ayam didadu kecil 5 biji cendawan butang dipotong nipis 1 tin Campbells cream of chicken 1 sb lada putih 1 biji bawang besar didadu 1 biji ubi kentang didadu 1/2 batang karot didadu 1/2 biji lada benggala (capsicum) 2 - 3 sudu minyak jagung *sedikit air jika perlu (tapi Sue tak letak pun sebab ayam dah keluarkan air) *sos Campbells telah pun masin, tak perlu tambah garam lagi. Cara buat filling  (inti) boleh lihat gambar di bawah : -panaskan 2 atau 3 sb minyak jagung. -tumis bawang besar hingga harum kekuningan. -masukkan isi ayam, kacau sedikit. -masukkan Campbells cream of chicken dan sedikit air jika perlu. ...

Banoffee Pie untuk penggemar pisang

Dessert kali ini adalah banoffee pie atau nama penuhnya banana toffee. Idea asalnya adalah dari Nigella Lawson. Tapi Sue ubahsuai mengikut selera Sue berdasarkan bahan yang sedia ada di dapur tanpa mengubah bahan asasnya. Versi dalam gelas sundae   Versi dalam loyang Banoffee Pie Oleh : Surianti Ramli Bahan -bahan : 30 keping biskut cream cracker/ biskut marie/ biskut digestive 1 ketul butter 1/3 tin susu pekat manis 1/4 cawan susu segar (Sue gunakan susu tepung nespray yang dibancuh dengan air) 3 biji pisang berangan 400 ml whipping cream (Sue guna Anchor UHT) 1 tbs gula Cara penyediaan  (rujuk pada gambar step by step) 1. Hancurkan biskut cream cracker. 2. Cairkan butter (tinggalkan 1tbs butter untuk membuat karamel, yang lain semuanya dicairkan). 3. Curahkan butter cair tadi ke atas biskut hancur. Gaul sebati. Tekan dan ratakan dengan sudu hingga menjadi padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. 4. Sambil menunggu, ki...

Sheperd Pie in da house

Apa kata minum petang hari ni, kita masak sheperd pie. Dulu-dulu Sue tak tahu masak, tapi memandangkan anak-anak memang suka sangat makanan western ni, terpaksalah emaknya belajar masak. Senang je cara membuatnya, sesiapa pun boleh buat. Sue masak cara yang simple je. Sebelum dibakar Selepas dibakar Sheperd Pie Oleh : Surianti Ramli Bahan A 1kg kentang dibuang kulit, cuci bersih dan rebus empuk 1/2 cawan susu segar 2 sb butter -lenyekkan kentang rebus hingga hancur. Campurkan butter dan susu segar. Gaul sebati. Ketepikan. Bahan B 400g daging kisar 1 biji bawang holland didadu 2 sb serbuk lada hitam 1/2 botol besar sos Prego (Italian Pasta Sauce - Mushroom) 2 sb butter untuk menumis 1 sb mixed herbs 1 sb oregano Sedikit garam dan gula Cheese parut mozarella (untuk tabur) -cairkan butter, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kisar. Kacau hingga masak. Masukkan sos prego, lada hitam, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga mixed herbs dan oregan...