Kuah kacang ni, sesuai juga dimakan dengan sate. Dulu sebelum ada blog masak, Sue biasanya menggunakan dua resepi untuk membuat kuah kacang. Satu darinya kuah kacang versi Kelantan yang menggunakan santan. Lagi satu adalah resepi kuah kacang versi Jawa tanpa menggunakan santan. Kali ini, kita masak style Jawa. Cewahhhh...macam confident je yer...jom kita lihat orang utara masak kuah kacang versi Jawa. Masak dengan ikhlas, penuh kasih sayang sambil berselawat. InshaaAllah... Sedap ! Kuah Kacang Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 kg kacang tanah digoreng bersama 3 sudu minyak masak (Tumbuk kasar kacang tanah setelah sejuk, tak perlu dibuang kulitnya) Bahan kisar : 20 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus hingga mendidih 20 ulas bawang merah (kalau bawang agak besar, cukup hanya 15 ulas sahaja) 2 inci halia Bahan lain : 3 batang serai dititik 1 mangkuk air asam jawa 1 senduk gula melaka 3 senduk minyak masak Garam dan gula pasir secukup ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...