Selain dari dimakan dengan nasi daging, air asam ni sebenarnya kalau anda nak makan dengan ikan bakar, daging bakar atau ayam bakar pun boleh. Air Asam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 biji buah tomato dipotong dadu 1 biji bawang besar yang sederhana saiznya atau 5 ulas bawang merah di hiris nipis Sedikit air perahan asam jawa Sos tomato Sos cili (Sos terpulang kepada citarasa anda, Sue masukkan lebih kurang 3sb sos cili dan 3sb sos tomato) Bahan tumbuk : 3 biji cili merah (kalau suka pedas, campurkan cili padi) Sedikit belacan Sedikit garam Cara penyediaan : Satukan semua bahan di atas. Gaul rata hingga sebati. Perasakan garam dan masamnya. Sedia dihidang.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...