Sebelum ini, sahabat Sue dari Seremban yang memperkenalkan pastry puff ni. Bertangguh2 nak buat. Akhirnya, tercapai juga hasrat nak makan puff ni. Memang sedap ! Mudah pula. Sekejap je dah siap. Sardin/Tuna Puff Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Pastry puff (jenama Kawan) Kuning telur untuk disapu atas puff Inti : Sardin Bawang besar didadu Cili merah didadu 1 biji jus limau kasturi untuk menghilangkan hanyir sardin -sardin dibuangkan tulangnya serta asingkan dari kuahnya dan dilecek. -panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan cili, masukkan sardin serta 2 @ 3 sudu kuahnya dan juga jus limau. Masak sekejap saja. Tuna Bawang besar didadu Cili merah didadu 1 biji jus limau kasturi untuk menghilangkan hanyir tuna Mayonis secukupnya -buangkan air/minyak dalam tuna, hancurkan isinya. -panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan cili, masukkan tuna serta perahan jus limau kasturi. Masak sekejap dan angkat dari kuali. Gaulkan dengan mayon...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...