Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Udang

Masak Lemak Cili api Rebung dan Udang

Bismillahirrahmanirrahim.. Teringin sangat nak makan rebung masak lemak cili padi. Masak tengahari tadi sebenarnya. Kwn2 semua suka tak masakan begini ? Tapi ini bukanlah resepi org nismilan..ni versi utara. Versi ‪#‎ jendeladapursurianti‬   Masak Lemak Cili Padi Rebung Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 1 mangkuk rebung -hiris sederhana nipis, rebus hingga didih dan toskan. 1 mangkuk udang 2 cawan santan cair 1/2 cawan santan pekat 1 batang serai diketuk 2 - 3 keping asam keping Garam secukup rasa Bahan kisar : 10 - 15 tangkai cili padi 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 ruas kunyit hidup Cara penyediaan : Masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali santan pekat). Masak dalam api perlahan hingga sedikit didih. Masukkan santan pekat, kacau rata sampai betul mendidih dan matikan api.

Udang galah masak masam manis...sedapnya!

Udang galah pemberian dari seorang sahabat hubby. Terfikir-fikir nak masak apa.... jalan-jalan ke blog Azlita Aziz , wah....sedapnya ! Izinkan Sue copy resepinya ya. Resepi asal :  Azlita Aziz UDANG GALAH MASAM MANIS 2 kg udang galah - berus dan cuci bersih 1 labu bawang besar - potong baji 1 biji tomato - potong baji 5 sudu makan sos cili 3 sudu makan sos tiram 1/2 cwn air 1 kiub - ikan bilis garam dan gula secukup rasa. 1 biji cili merah - hiris 1 biji cili hijau - hiris 1 pokok daun ketumbar - mayang halus 2 batang serai - dititik  Bahan kisar 3 ulas bawang besar 2 ulas bawang putih 3 biji cili merah Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar. Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak.  Biar seketika. Siap untuk dihidangkan.

Udang goreng bertelur

Weekend macam ni kita mesti tercari-cari menue untuk dimasak, cuba masak udang goreng bertelur ni. Sedap insyaAllah. Kalau weekdays pun sesuai masak ni sebab cepat disediakan. Sekejap je dah boleh dimakan. Udang goreng bertelur Bahan-bahan : Udang 600gm Telur ayam 2 biji Garam 1 sudu kecil Kunyit 1 sudu kecil Gula 1 sudu besar Bawang besar 1 labu (dipotong bulat) Bawang putih 3 ulas (dipotong nipis) Cili merah dipotong Asam keping 2 - 3 keping Cara masak : 1. Udang digaul dgn garam, kunyit & gula. Perapkan selama 30 minit. 2. Panaskan minyak, goreng udang anggaran 5 minit untuk mengeringkan airnya. Angkat & ketepikan. 3. Panaskan minyak yang baru,  gorengkan bawang besar, bawang putih dan cili potong hingga naik baunya. 4. Masukkan udang tadi bersama asam keping. Pecahkan telur. Kacau rata.  Siap. * udang jangan dimasak melebihi 10 minit kerana,ini akan menyebabkan udang jadi keras dan hilang rasa manisnya.