Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Brownies

Blondies yang mudah

Bismillahirrahmanirrahim... Kali pertama buat blondies, rupanya blondies ni kategori brownies juga...adik beradik dengan congo bars..rasanya juga hampir sama dengan congo bars..sedap. Sue dapat resepi ni dari Martha Stewart. Tapi Sue ubahsuai dan masak ikut cara Sue sendiri. Di bawah ni juga nanti Sue copy paste resepi Martha (English Version) dan resepi Sue dalam Bahasa Malaysia. Tak sempat nak snap gambar masa baru angkat dari oven, sebab anak-anak dah nak makan sangat. Blondies Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 8 sb butter dicairkan (Sue guna 90g butter dicairkan) 1/2 cawan brown sugar 1/3 cawan gula castor 1 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) Secubit garam 1 cawan choc chips 1 cawan walnut cincang Cara penyediaan : 1. Panaskan oven, gris dengan butter loyang bersaiz 8in x 8in. alas dengan baking paper dan gris lagi di atasnya. Baking paper perlu dilebihkan sebanyak 2 inci di kiri dan kanan untuk memud...

Red Velvet Cheese Brownies , sedapnya !

Bismillahìrrahmanirrahim... Mudah, ringkas & insyaAllah menjadi. Resepinya saya copy paste dari blog Fiza Lgk. Terima kasih, family saya suka sangat. Warna merah brownies ni..tapi sbb lighting, ambik gambar mlm..nampak mcm warna coklat pulak..apa pun, sedap ! RED VELVET BROWNIES - Ringkas dan menjadi  Sumber : Hafizah Yahaya/Fiza Lgk Dicuba oleh : Surianti Ramli Saiz loyang : 8inci x 8 inci Bahan A - Lapisan Bawah 100gm mentega - di cairkan dan ketepikan seketika 200gm gula kastor 1 sudu teh esen vanilla 20gm serbuk coklat Secubit garam 1 sudu besar pewarna merah - saya guna warna merah jambu 1 sudu teh cuka 2 biji telur 150gm tepung gandum Bahan B - Lapisan Atas 230gm cream cheese 50gm gula kastor 1 biji telur 1/8 sudu teh esen vanilla Cara membuatnya: 1. Di dalam sebuah mangkuk besar, campurkan gula, esen vanilla, serbuk coklat dan secubit garam. 2. Masukkan juga pewarna merah, cuka makan dan pecahkan 2 biji telur. Kacau dengan menggunakan ...

Chocolate Brownies aka Brownies Kedut

Antara fenomena FB tidak berapa lama dulu, Brownies Coklat Kedut..sedap rupanya, tak hairanlah ramai kawan2 yang telah pun mencuba dan anda juga harus cuba. Rasai sendiri, bukan rasa seperti kek coklat tau..pendek kata memang sedaplah hihi.. Resepi ini Sue copy paste dari shabat FB Chocolate Brownies Sumber : Mariana Zainal Dicuba oleh : Surianti Ramli Resipinya (loyang saiz 10x10'inci) Bahan A 400g coklat masakan ( potong kasar) 150g mentega(sy guna butter) (Cairkan bahan di atas secara double boiler.. . ketepikan) Bahan B 100g gula perang (sy guna 80g jer) 100g gula kastor ( sy guna 80g jer) 4 bj telur 1 sdt esen vanilla (Satukan bahan B dan kacau sebati guna senduk atau whisk.. .tidak perlu pukul yer) Bahan C 100g tepung naik sendiri 30g serbuk koko (Ayak bersama bahan C) Caranya Masukkan bahan B ke dalam bahan A.. kacau hingga sebati guna senduk@ whisk... Masukkan bahan C.. . kacau lagi bagi sebati.. . Sapukan mentega dlm loyang ( loyang 10'x10...

Congo Bar kesukaan ramai, resepi terbaik

Mudah saja cara membuat Congo Bar ni sebenarnya.. Kalau guna mixer, hanya mix sedikit saja tidak seperti kek. Kalau sekadar guna whisk pun boleh. Rasanya sedap, tidak terlalu manis kerana penggunaan gula perang ditambah dengan choc chip, kekacang almond di bahagian dalamnya dan bahagian atas. Banyak kali juga Sue buat atas permintaan kawan-kawan tempat kerja..alhamdulillah, semua cakap sedap. Rasanya diantara kek dan biskut..mesti cuba..Memang yummy ! Selepas bakar, biarkan sekejap hingga suam dalam loyang. Setelah agak suam, bolehlah dipotong. Masukkan dalam papercup untuk cantik. Kalau tak masuk dalam papercup pun boleh juga. Congo Bars Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 315g tepung superfine*  2 st baking powder* (satukan * dan ayak) Secubit garam 150g butter 220g gula perang 3 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 cawan choc chip 1/2 cawan walnut 1/2 cawan almond nib Hiasan (tabur di atas) -Choc chip -Almond slice Cara penyediaan : 1. Pukul gula dan butt...