Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pulut

Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

Bismillahirrahmanirrahim, Masih lagi dalam bulan Syawal, merendang masih menjadi pilihan. Mari kita lihat resepi rendang yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sungguh menjimatkan masa dan rasanya sama seperti kita menggunakan kuali atau periuk biasa.Bahan-bahan pun sama, hanya kaedah memasak dapat disingkatkan. Rendang Ayam (periuk Noxxa) Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam - potong kecil dan cuci bersih Bahan kisar : 30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dengan air hingga didih, toskan) 3 labu bawang besar 1/2 labu bawang putih 2 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas 2 ruas kunyit Air secukupnya untuk mengisar Bahan lain : 1 helai daun kunyit diracik 3 batang serai diketuk 2 keping asam gelugur 2 sudu besar kerisik 500 ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaan : 1. Masukkan bahan kisar, ayam dan ser...

Pulut Dakap yang popular di Utara Semenanjung

Bismillahirrahmanirrahim, Pulut dakap yang sedap. Agak lama Sue tak buat. Kebetulan baru-baru ini ada daun pisang yang diambil dari kampung, dapatlah buat 10 biji. Sedap alhamdulillah. Pulut Dakap Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan beras pulut (rendam 30 minit, toskan) 1 1/2 cawan santan sederhana pekat 1/2 sudu kecil garam 5 biji pisang emas (boleh juga gunakan pisang awak yang ranum) Daun pisang yang dilayur secukupnya  Tali untuk mengikat Cara penyediaan : 1. Satukan pulut, santan dan garam. Tanak sehingga masak. 2. Ambil pisang dan belah kepada dua bahagian. Ketepikan. 3. Bentangkan daun pisang, ambil 2 sudu besar pulut. Ratakan dengan sudu. Ambil 1 bahagian pisang dan letak di atasnya. 4. Lipat dan kemaskan supaya pulut menutupi keseluruhan pisang. Ulangi hingga habis. 5. Ambil 2 bungkus pulut dan cantumkan kedua-duanya. Ikat kedua-dua bungkusan dengan tali pada bahagian kiri dan kanan. 6. Rebus dalam air yang teng...

Serimuka durian terlajak sedap, pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim.. Antara yang menjadi kegemaran keluarga Sue, serimuka durian. Bak kata anak-anak, terlajak sedap. Suami Sue pun sama juga, tak boleh berhenti makan katanya. Jadi ketagih..hihihi... jom kita lihat resepinya. Seri Muka Durian Oleh : Surianti Ramli (Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci) Bahan-bahan : Sukatan menggunakan cawan metrik Bahagian bawah (pulut) 2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan 1 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Cara penyediaan pulut : 1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut. 2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan. Bahagian atas/kepala 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1/2 cawan gula 1/2 cawan isi durian 1 sudu besar tepung gandum 1/3 cawan tepung kastad 2 biji telur 1 sudu kecil pewarna kuning Cara penyediaan bahagian kepala : 1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisa...

Pulut Durian sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Rezeki selepas hujan, durian kampung yang sangat sedap. Pemberian dari seorang kawan hubby semalam. Alhamdulillah. Pulut Durian Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Bahan utama -durian Kaedah memasak pulut : Kaedah 1 (cara rice cooker) 4 cawan beras pulut 4 cawan air 2 sb minyak masak -masukkan beras pulut, air dan minyak dalam rice cooker, on plug dan masak seperti kita memasak nasi biasa. Kaedah 2 (cara periuk biasa) -didihkan air dalam periuk, anggaran setengah periuk. Lebih pun tidak mengapa. Masukkan pulut. Kacau rata dan biar hingga mendidih anggaran 5 - 7 minit. Tuangkan airnya hingga air jadi separas pulut. Perlahankan api. Tunggu hingga masak dan gembur dengan senduk kayu. Kuah Santan 1 cawan santan pekat 1/2 cawan air biasa 2 sb tepung beras 2 sudu besar gula Secubit garam -satukan air biasa dan tepung beras, kacau sebati. -campurkan semua bahan dan sentiasa dikacau dalam api perlahan hingga pekat. Tutupkan api. Cara ...

Pulut Seri Muka sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Cerita beberapa hari lepas, Pulut Seri Muka untuk anak2 minum petang & hubby berbuka, alhamdulillah..  Seri Muka (loyang 8in x 8in) Oleh : Surianti Ramli Lapisan bawah 2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan 1 cawan santan 1 cawan air Secubit garam -panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang. Lapisan atas 3 biji telur 3/4 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula pasir 1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan) 1 1/4 cawan santan Beberapa titis pewarna hijau -satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin. Cara : Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air meni...

Pulut Mangga sedap

Assalamualaikum...salam sejahtera semua, agak lama Sue tidak bersiaran. Sebenarnya, kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah, sampai blog pun dah bersawang. Hanya aktif di fb saja. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, ambil peluang mengemaskini blog. Ok, kita mulakan kemaskini blog dengan entry pulut mangga. Memang pulut menjadi kegemaran kami sekeluarga. tak kiralah samada makan dengan durian atau ikan kering. Bila ada peluang saja, memng makan bertambah-tambah. Alhamdulillah.. Wpun tak ada harumanis, mangga biasa pun bolehlah asalkan manis. Bismillah... Pulut Mangga Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Bahan utama -mangga Pulut (cara rice cooker) 4 cawan beras pulut 4 cawan air 2 sb minyak masak -masukkan beras pulut, air dan minyak dalam rice cooker, on plug dan masak seperti kita memasak nasi biasa. Pulut (cara periuk biasa) -didihkan air dalam periuk, anggaran setengah periuk. Lebih pun tidak mengapa. Masukkan pulut. Kacau rata dan biar hi...