Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, October 23, 2016

Vanilla cupcake paling sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Asal dari resepi butter cake, cuma kali ini Sue letak dalam cup kecik. Senang anak2 makan. Gebu, mudah dan sedap.


Vanilla Cuppies
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
125 gram mentega
100 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 st esen vanilla
125 gram tepung gandum *
1/2 st baking powder *
2 sb susu segar
-bahan bertanda * disatukan dan diayak
Cara penyediaan :
Putar mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila, telur satu persatu dan putar lagi hingga sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kacau secara kaup balik.
Sudukan adunan ke dalam cup kertas.
Panaskan oven terlebih dulu. Bakar cuppies pada suhu 160'C hingga masak selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing.
Sejukkan di redai.

Yummy !

Tuesday, October 11, 2016

Homemade Pizza yang mudah dan sudah tentu sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
A<3AAntara yang selalu Sue masak untuk anak2. Menu ulangan yang kerap dimasak memandangkan anak bongsu Sue tidak makan nasi, hanya roti, pizza dan lain2 yang berasaskan tepung sahaja. Silakan share semoga bermanfaat.

Homemade Pizza ( dpt 1 biji saiz 12 inci)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
(Sukatan metrik)
2 cawan tepung high-protein
1 st garam
1 sb minyak zaitun
3/4 cawan air suam
2 sb gula
1 st yis kering (saya guna jenama Saf Instant, boleh guna Mauripan juga)
Cara penyediaan :
(Ulian menggunakan mixer)
1. Satukan air suam, gula dan yis. Kacau sebati & biar 10 - 15 minit, yis yang hidup akan menjadikan campuran ini berbuih dan naik. Masukkan larutan ini ke dalam mixer.
2. Masukkan tepung, garam dan minyak zaitun ke dalamnya.
3. Uli hingga menjadi doh yang licin (saya uli selama 20 minit dengan speed 5)
4. Matikan mixer dan tutup doh tadi dengan plastik, jangan biar terdedah kepada udara untuk mengelakkan doh jadi keras.
5. Selepas 30 minit - 1 jam (bergantung pada keadaan cuaca), doh akan naik sekali ganda. Tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
6. Jika tangan melekat dengan tepung, sapu seluruh tangan dengan sedikit tepung jagung.
7. Tabur pan pizza dengan sedikit tepung jagung @ gris dengan mentega. Ambil doh tadi dan letak bahagian tengah pan. Tekan dengan jari ke bahagian luar sekeliling hingga seluruh pan dipenuhi dengan doh tadi.
8. Panaskan oven terlebih dulu dan bakar kulit pizza (oven saya suhunya 200'C selama 10 minit)
9. Keluarkan kulit pizza dan sapu sos serta letak topping kesukaan. Sambung lagi bakar selama 10 minit.
Siap.
************************************
Cara buat sos pizza ada di bawah ya,boleh sediakan lebih awal.
Sos Pizza :
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
3 ulas bawang putih dadu kecil
1/2 inci halia dadu kecil
1 st daun basil
1 st oregano
1/2 st garam
1 - 2 sb gula
1 sb cheese parmesan parut
1/2 cawan air
5 biji buah tomato ranum dicelur dalam air didih, buang kulitnya dan kisar halus menjadi puree. Kalau tak mahu gunakan tomato segar, boleh gunakan tomato puree dalam tin @ sos prego tradisional sebagai ganti.
Cara penyediaan sos piza :
Satukan semua bahan di atas kecuali parmesan cheese, masukkan dalam kuali dan masak hingga mendidih. Masukkan parmesan dan kacau rata. Matikan api. Sejukkan dan sedia disapu pada pizza crust/kulit pizza.
Kemudian boleh letak topping sesuka hati. Kalau sukakan rasa cheese, tabur mozarella cheese banyak2.
*mesti tahu suhu oven sendiri utk membakar, kerana setiap oven. tidak sama masa dan suhunya.
*boleh uli menggunakan tangan juga.


Sunday, October 9, 2016

Sheperd's Pie mudah untuk dinner

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Entry tertangguh sebenarnya,
Dinner kami sekeluargabaru-baru ini, western food pulak. Alhamdulillah sedap. Resepi Sue pernah share dlm blog/fb dulu.

Sheperd's Pie
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A
6 - 7 biji ubi kentang dibuang kulit, cuci bersih dan rebus empuk
1/2 cawan susu segar
2 sb butter
-lecek kentang yang telah di rebus sehingga hancur. Campurkan butter dan susu segar. Gaul sebati. Ketepikan.
Bahan B
400g daging kisar (saya guna 1 peket daging Ramly)
1 biji bawang holland didadu (kalau tiada boleh letak bawang besar)
2 sb serbuk lada hitam
1 cawan sos spaghetti tradisional Kimball (boleh pakai jenama lain juga)
2 sb butter untuk menumis
1 sb mixed herbs
1 sb oregano
Sedikit garam dan gula
Cheese parut mozarella (untuk tabur)
-cairkan butter, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kisar. Kacau hingga masak. Masukkan sos, lada hitam, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga mixed herbs dan oregano. Kacau rata. Tutupkan api.
Cara penyediaan :
1. Lapisan pertama letak kentang, lapisan kedua inti daging & lapisan ketiga kentang. Tabur bahagian atas sekali dengan cheese parut.
2. Panaskan oven terlebih dulu, bakar 160'C - 180'C selama 30 minit (masa dan suhu adalah mengikut jenis oven masing-masing).

Thursday, October 6, 2016

Roasted Chicken aka Ayam Panggang sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Makanan sihat sesuai utk yang berdiet, inspired by chef Mala Yusof, sangat sedap. Boleh makan dengan nasi atau pun ratah begitu saja.


Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan roasted chicken yang sangat mudah dan sedap ini.

Roasted Chicken
Oleh : Surianti Ramli

Bahan Perapan Ayam :
1 ekor ayam boleh dibuat terus seekor (whole chicken) atau dipotong
1 labu bawang putih
1 inci halia
3 sb serbuk paprika *
3 sb chili flakes *
3 sb mixed herbs *
3 sb parsley *
3 - 5 helai daun bay *
3 sb sos lada hitam (saya guna jenama life)
3 sb kicap
3 sb sos tiram
Garam (sedikit saja)
-bahan segala herbs bertanda * di atas boleh dibeli di bahagian rempah2 di tesco, giant, pasaraya & kedai peralatan bakery.





Cara perapan :
Bawang putih dan halia dikisar halus. Satukan bersama bahan lain. Gaul sebati bersama ayam. lagi lama diperap lagi sedap, tapi Sue sempat perap 4 jam sahaja.

Bahan lain :
3 biji ubi kentang -direbus separuh empuk
3 biji buah tomato
Sedikit mentega untuk disapu





Cara penyediaan :
1. Bakar ayam selama 25 minit pada suhu 190' C - 200'C mengikut suhu oven masing-masing.
2. Keluarkan dari oven dan sapu mentega atas ayam. Tabur kentang dan tomato. Renjis sedikit bahan perapan tadi.
3. Sambung bakar lagi hingga ayam masak. (Sue sambung bakar lagi 30 minit)
4. Makan dengan sos kegemaran.





Yummy !