Memang betul. Kalau hari raya di utara, wajib ada ketupat pulut yang di balut dengan daun palas. Setiap rumah pun memang ada hidangan ini. Sedap dimakan terutamanya dengan kari daging. Makan dengan rendang pun sedap juga. Ada versi ketupat yang dicampur dengan kacang atau jagung. Ada juga ketupat pulut hitam. Tapi kali ini, Sue buat ketupat pulut biasa. Kalau allahyarham nenek dulu, selain dari balut menggunakan daun palas, juga balut menggunakan daun pandan. Wangi.... Sebelum di rebus Selepas direbus Sedia dihidang. Yummy ! Ketupat palas Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam selama 1 jam. Toskan. 2 cawan santan pekat* 2 cawan santan cair* 2 sudu besar mentega* 1 sudu besar gula* 1 sudu besar garam* Daun palas secukupnya, dibuka lebih awal untuk memudahkan proses membalut Cara penyediaan : 1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana. 2. Masukkan beras pu...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...