Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Muffin

Choc Chips Muffin kesukaan anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim..  edisi tertangguh, alhamdulillah sedap dan mudah. Tq kak ummi  smile emoticon Choc Chips Muffin Sumber : Kak Ummi Zaihadi  Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan:- 1 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan serbuk koko 1 cawan gula kastor 1 sk baking powder 1 sk soda bikarbonat 1/2 sk garam 1 cawan fresh milk 1 biji telor - pukul sikit 1/3 cawan minyak 1 sk esen vanila 3/4 cawan choc chips Cara Membuat:- Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit) Nota : -Sue bakar dalam suhu 200'C selama 20 minit.

Muffin pisang mudah

Bismillahirrahmanirrahim, Mudahnya membuat muffin, tanpa perlu mixer. Hanya kacau sebati sahaja. Sesuailah dengan keadaan waktu persekolahan yang agak sibuk tahun ini. Masak pun yang mudah-mudah. . Muffin Pisang Oleh : Surianti Ramli . Bahan-bahan : 5 biji pisang emas (dilecek) 1 1/2 cawan tepung gandum* 1 sudu kecil baking powder* 1 sudu kecil soda bikarbonat* 1/2 cawan gula perang 1 sudu kecil esen pisang 1/3 cawan minyak jagung 1/3 cawan susu segar 1 biji telur 1/2 cawan choc chip (kali ini saya pakai coklat urai) Badam untuk hiasan diatas muffin (jika suka) . Cara penyediaan : 1. Satukan dan ayak bahan *. Ketepikan. 2. Satukan gula perang, minyak jagung, susu segar, telur, esen dan pisang lecek. Kacau rata menggunakan senduk/spatula atau pun whisk sekejap saja. Kemudian gaulkan dengan bahan ayak dan choc chip/coklat urai sehingga rata. 3. Sediakan muffin tray, letakkan cawan kertas. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 cawan kertas. Taburkan badam cincang. Bakar selama 23 mini...

Egg Muffins mudah

Bismillahirrahmanirrahim... Hasil berjalan2 ke blog Barat, terjumpa resepi ini. Egg Muffins ni ala2 quiche juga, hanya tiada crust (kulit) seperti quiche. Resepinya mudah saja dan kita boleh ubah suai mengikut citarasa sendiri. Cheesy Egg Muffins Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 5 biji telur gred A 1/4 cawan susu segar 1/2 kiub pati ayam 1/2 cawan isi ayam dipotong dadu 1/2 batang karot didadu kecil 1 batang daun sup/daun bawang dihiris halus 1 biji bawang besar didadu 1 sudu kecil lada hitam Secubit garam Cheese parut mozarella Sedikit mentega untuk disapu pada loyang muffin Cara penyediaan: 1. Satukan semua bahan (kecuali cheese mozarella). Pukul sebati dengan garfu. Ketepikan. 2. Panaskan oven terlebih dahulu, sapukan loyang muffin dengan sedikit mentega. 3. Masukkan adunan ke dalam loyang muffin hingga hampir separas loyang. Tabur cheese. Jika sukakan cheese, boleh letak banyak. 4. Bakar egg muffins hingga masak mengikut suhu oven masing-masing. (Oven saya suhun...

Choc Chips Muffin yang mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Terima kasih kak ummi utk resepi yg sedap ini. Mudahnya membuat muffin, tak perlu pakai mixer. Hanya gunakan whisker atau senduk kayu sahaja. Choc Chips Muffin Sumber : kak  Ummi Zaihadi Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan:- 1 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan serbuk koko 1 cawan gula kastor 1 sk baking powder 1 sk soda bikarbonat 1/2 sk garam 1 cawan fresh milk 1 biji telor - pukul sikit 1/3 cawan minyak 1 sk esen vanila 3/4 cawan choc chips Cara Membuat:- Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit) Nota : Sue bakar selama 20minit, suhu 200'C

Muffin Pandan mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Muffin Pandan Sumber : Kak Wan, blog Citarasawan Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan-bahan 200gm tepung gandum 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1/2 sudu teh garam halus 120gm gula castor 200ml santan kelapa (dalam kotak) 100ml minyak jagung 2 biji telur *1sudu kecil pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) *1/2 sudu teh pandan essence Hiasan - Almond slices, kismis, ceri atau yang di sukai Nota : *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis. Cara-cara : 1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lump...

Muffin Pisang untuk anak-anak

Mudah membuat muffin, tak perlu pakai mixer. Hanya kacau rata menggunakan whisk atau pun senduk sahaja. Ringkas, cepat dan mudah berbanding cupcake. Anak-anak suka, sekejap saja berebut makan dah licin. Muffin Pisang Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 5 biji pisang emas (dilecek) 1 1/2 cawan tepung gandum* 1 st baking powder* 1 st soda bikarbonat* 1/2 cawan gula perang 1 st esen pisang 1/3 cawan minyak jagung 1/3 cawan susu segar 1 biji telur 1/2 cawan choc chip Badam cincang untuk hiasan diatas muffin (jika suka) Cara penyediaan ; 1. Satukan dan ayak bahan *. Ketepikan. 2. Satukan gula perang, minyak jagung, susu segar, telur, esen dan pisang lecek. Kacau rata menggunakan senduk atau pun whisk sekejap saja. Kemudian gaulkan dengan bahan ayak dan choc chip sehingga rata. 3. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 cup kertas. Taburkan badam cincang. Bakar selama 23 minit pada suhu 180' C atau pun sehingga masak. Muffin pisang ini sedap dan menjadi kesukaan ana...

Chocolate Chips Muffin kesukaan anak-anak

Memang anak-anak sangat sukakan rasa coklat, termasuk juga kita orang dewasa, kan...Berebut-rebut makan. Memang Sue sendiri pun sukakan muffin ni. Cara penyediaannya pula sangat mudah. Hanya kacau rata sahaja dngan whisk. Tak perlu nak keluarkan mixer dan pukul lama seperti membuat kek. Senang sangat. Sekejap je dah siap. Anda mesti cuba, percayalah...anda pasti berpuas hati. Sue copy paste resepi ini dari blog CMG. Chocolate Chips Muffin Resepi asal : Noreen UK Sumber :  CMG Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan Disatukan Dan Diayak:- 250 g tepung gandum 2 camca teh baking powder 1/2 camca teh soda bicarbonate 2 camca besar serbuk koko Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:- 250 ml susu segar 90 ml minyak sayur/jagung 1 biji telur gred A 1 camca teh esen vanilla Bahan Lain:- 175 g gula halus 150 g chocolate chips 50 g chocolate chips, utk hiasan Cara membuatnya:- Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul r...