Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ayam

Ayam Goreng Berempah yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Goreng Berempah (Spiced Fried Chicked) . Bahan-bahan (Ingredients) : 🔵 1 kg ayam (1 kg chicken) 🔵 1 sudu besar rempah kari (1 tbsp curry powder) 🔵 1 sudu besar cili serbuk (1 tbsp chilli powder) 🔵 Garam secukup rasa ( Salt to taste) 🔵 Daun kari (curry leaves) 🔵 Minyk masak (cooking oil) . Bahan kisar (Blended Ingredients) : 🔵 3 biji bawang merah (3 shallots) 🔵 3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) 🔵 1 inci halia (1 inch ginger) 🔵 3 batang serai (3 lemongrass) 🔵 1 sudu besar ketumbar (1 tbsp coriander seed) 🔵 1 sudu besar jintan manis (1 tbsp fennel seed) . Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan (kecuali ayam, daun kari dan minyak masak) gaul hingga sebati. 2. Gaulkan pada ayam dan perap antara 2-4 jam. 3. Sedia digoreng dalam minyak yang panas. Bila ayam hampir garing, boleh ditaburkan daun kari. Kacau rata dan boleh diangkat.  ✅ Tips : 🍀 Perap lebih lama supaya lagi sedap dan ...

Ayam Tandoori yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Nampak macam banyak bahan, tapi cara membuatnya mudah saja. Sedap dimakan dengan roti nan, tapi saya makan dengan nasi. . Ayam Tandoori . Bahan utama : 5 bahagian ayam 1 cawan yogurt asli 1 biji lemon - ambil jusnya Garam 1/2 sk pewarna merah . Bahan A (kisar) 3 tangkai daun ketumbar 3 tangkai daun pudina 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2 inci halia . Bahan B 1 sb serbuk cili 1 sb rempah kari 1 sk kunyit serbuk . Bahan C (kisar/tumbuk) 1 sb jintan manis 1 sb ketumbar 1 sb lada hitam . Cara penyediaan : 1. Ayam dicuci bersih, kelar sedikit serta direbus separuh masak dan toskan. Kalau tak mahu rebus pun boleh , tapi kena panggang lama sikit (Saya nak jimatkan masa memanggang nanti) 2. Satukan semua bahan, gaul sebati dan lumurkan pada ayam. 3. Perap semalaman (atau 4 jam). 4. Boleh digoreng atau bakar dalam oven/pemanggang hingga masak. (Saya panggang menggunakan air fryer pada suhu 180’C selama 20 minit)

Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yang simple dan sedap, kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim, Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap. Ayam Panggng Mayonis Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam saiz sederhana  Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti) Bahan tumbuk : 7 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan perapan : 4 sudu besar mayonis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar cili serbuk 1 sudu besar madu 1 sudu kecil garam halus Cara penyediaan : Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun boleh), direbus separuh masak dalam air hingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan. Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pada ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman) Bakar menggunakan oven atau pemanggang hingga masak. Nasi Planta Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi 6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pada jenis beras yang kita gunakan) 1 kiu...

Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

Bismillahirrahmanirrahim, Masih lagi dalam bulan Syawal, merendang masih menjadi pilihan. Mari kita lihat resepi rendang yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sungguh menjimatkan masa dan rasanya sama seperti kita menggunakan kuali atau periuk biasa.Bahan-bahan pun sama, hanya kaedah memasak dapat disingkatkan. Rendang Ayam (periuk Noxxa) Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam - potong kecil dan cuci bersih Bahan kisar : 30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dengan air hingga didih, toskan) 3 labu bawang besar 1/2 labu bawang putih 2 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas 2 ruas kunyit Air secukupnya untuk mengisar Bahan lain : 1 helai daun kunyit diracik 3 batang serai diketuk 2 keping asam gelugur 2 sudu besar kerisik 500 ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaan : 1. Masukkan bahan kisar, ayam dan ser...

Ayam Peri Peri ala Nando's yang menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim, Disebabkan kesuntukan masa, kali ini Sue menyediakan ayam panggang peri peri menggunakan sos Nando's yang dibeli di Tesco. InsyaAllah ada kesempatan masa, post yang akan datang, Sue akan kongsikan resepi sos ala Nando's yang boleh dibuat sendiri di rumah. Ayam Peri Peri Ala Nando's Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam sederhana besar Bahan perapan : 4 sudu besar sos Nando's (saya gunakan sos peri peri garlic) 4 sudu besar mayonais 2 sudu besar chilli flakes 2 sudu besar paprika 5 ulas bawang putih (tumbuk halus) 1 inci halia (tumbuk halus) 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula *sos nandos, paprika dan chilli flakes boleh dibeli di pasaraya besar seperti tesco atau giant. *garam dan gula mengikut citarasa sendiri. Bahan lain : 3 biji kentang dipotong baji (rebus separuh empuk, toskan airnya) 2 biji bawang besar dipotong 8 bahagian 2 biji buah tomato dipotong 4 bahagian Daun salad Minyak zaitun secukupnya...

Nasi Kacang Dal pembuka selera bersama Ayam Masak Ros yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hidangan tengahari tadi, seperti yang dijanjikan dalam Instagram, Sue akan masukkan resepinya petang tadi. Tapi disebabkan ada hal yang perlu diuruskan, tertangguh hingga malam. Nasi Kacang Dal Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam dengan air biasa 30 minit dan toskan) 6 cawan air  1/2 cawan susu cair 1/2 cawan kacang dal (rendam 1 jam, kemudian direbus empuk) Garam kasar Gula  Pewarna kuning Bahan kisar : 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan tumis : 3 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar minyak jagung 2 helai daun pandan 1 tangkai bunga cengkih 1 tangkai bunga lawang 1 biji buah pelaga 1 batang kayu manis 1 labu bawang besar didadu  Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung. Tumis bahan tumisan hingga harum. 2. Masukkan bahan kisar. Kacau sekejap hingga sedikit didih. 3. Masukkan beras, kacau goreng dalam anggaran 1 minit.  4. Masukkan air, susu cair, ga...

Chicken Chop yang sedap, mudah dimasak dan menjadi kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.. Jom makan malam dengan menu ala barat, antara menu yang mendapat rating tertinggi dalam blog Sue, menjadi kesukaan anak-anak dan mudah cara penyediaannya. Dulu Sue pernah post kan resepi ini dan mendapat maklumbalas yang baik dari kawan-kawan yang setia mengunjungi blog Sue. Alhamdulillah. Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulang) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dgn garfu Bread crumb (serbuk roti, boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dgn bawang putih & lada putih, perap 1 - 2 jam. -lumurkan ayam dgn tepung gandum. -celupkan ayam dlm telur. -golekkan dlm serbuk roti. -goreng dlm minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudian goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 ...

Roasted Chicken aka Ayam Panggang sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Makanan sihat  sesuai utk yang berdiet , inspired by chef Mala Yusof, sangat sedap. Boleh makan dengan nasi atau pun ratah begitu saja. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan roasted chicken yang sangat mudah dan sedap ini. Roasted Chicken Oleh : Surianti Ramli Bahan Perapan Ayam : 1 ekor ayam boleh dibuat terus seekor (whole chicken) atau dipotong 1 labu bawang putih 1 inci halia 3 sb serbuk paprika * 3 sb chili flakes * 3 sb mixed herbs * 3 sb parsley * 3 - 5 helai daun bay * 3 sb sos lada hitam (saya guna jenama life) 3 sb kicap 3 sb sos tiram Garam (sedikit saja) -bahan segala herbs bertanda * di atas boleh dibeli di bahagian rempah2 di tesco, giant, pasaraya & kedai peralatan bakery. Cara perapan : Bawang putih dan halia dikisar halus. Satukan bersama bahan lain. Gaul sebati bersama ayam. lagi lama diperap lagi sedap, tapi Sue sempat perap 4 jam sahaja. Bahan lain : 3 biji ubi kentang -direbus separuh empuk 3 bi...

Nasi berlauk mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam menu utk brunch (breakfast + lunch). menu sarapan popular di Kelantan. Mudahnya memasak gulai darat sbb tak perlu tumis, ringkas dan sedap. Alhamdulillah. Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1/2ekor ayam dipotong kecil dan dicuci bersih 2 sb rempah gulai cap rose (jika tiada, boleh gunakan rempah kari jenama lain) 1 sb cili kisar *5 ulas bwg merah *1 ulas bwg putih *1/2 inci lengkuas *1/2 inci halia 2sdb ketumbar -disangai dan ditumbuk halus 2 sd kerisik 1- 2 keping asam jawa 3 cwn air 1 cawan santan pekat 1/4 keping nise (gula melaka) Garam Ubi kentang Kacang panjang Terung Cili merah/hijau Cara penyediaan : 1. Bahan bertanda * dikisar halus. 2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar, kerisik,ketumbar, asam keping, nise dan rempah gulai. Kacau sebati. 3. Masukkan air ke dalamnya dan biar hingga mendidih (ayam empuk). Kemudian masukkan kentang. Biar sekejap hingga kentang ...

Ayam Ungkep yang sedap pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim... Walaupun Sue bukan orang Jawa, (hanya nama je ala2 Jawa) tapi Sue sangat sukakan masakan Jawa. Resepi ini Sue dapat hasil berjalan2 dalam blog Amie's Little Kitchen. Sedap alhamdulillah.. Ayam Ungkep Sumber : Amie's Little Kitchen Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan: 1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika 2 batang serai - dititik 3 cawan air minyak sedikit asam jawa (pilihan) garam / gula / perasa pilihan Bahan tumbuk / kisar: 5 ulas bawang putih 10 biji bawang merah 2 sudu makan ketumbar biji 1 sudu makan jintan manis 1 sudu teh jintan putih 3 cm kunyit hidup 3cm halia 15 biji cili padi Cara: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. 2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna. 3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. 4. Tutup kuali rapat-rapat. 5. Kacau sekali-sek...

Ayam Varuval yang sangat sedap

 Bismillahirrahmanirrahim.. Sedapnya .. resepi asal dari Kalaivani Vj, Sue olah semula mengikut kesesuaian bahan dan selera.. alhamdulillah. Ayam Varuval Sumber : Kalaivani Vj Olahan semula : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ekor ayam (potong kecil & dibersihkan) 1 sb kunyit serbuk 1 sb rempah kari Babas 1 sk garam 1 inci halia (ditumbuk halus) 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus) -gaul rata semua bahan di atas, perap 1 jam dan kemudian digoreng garing. Ketepikan. Bahan A (goreng sekejap) 4 sb jintan manis 10 tangkai cili kering (di potong 3) 5 tangkai daun kari 1 labu bawang putih dihiris Minyak secukupnya -panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat. -dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih hiris dan daun kari hingga wangi. Angkat dan ketepikan. Bahan B (untuk tumis) 2 - 3 biji bawang besar dihiris 2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna 1 biji) 1/2 inci halia ditumbuk halus 2 ulas bawang putih ditumbuk halus 2 sb serbuk cili Babas Garam d...

Ayam Sambal Bali yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Ayam Sambal Bali yang menjadi viral di fb..alhamdulillah, sedap. Sue copy paste dari pemilik resepi asal. Walaupun nampak ringkas, tapi sedap. Anak-anak Sue memang suka sangat. Sedap makan dengan nasi biasa, nasi minyak atau pun pulut..yummy ! Ayam Sambal Bali Sumber : Aisya Shukor Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ekor ayam, dibersihkan & letak kunyit garam (tak perlu byk sgt..cukup satu sk garam n kunyit) Panaskan minyak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nanti nk guna utk tumis..goreng ayam xperlu garing..nk juicy2..angkat Cara : 1)Blend Cili kering segenggam..Bawang besar 6biji (byk bwg br sedap), bwg putih satu labu,halia sikit je, hujung jari kelingking & belacan besar stgh ibu jari 2) Serai dititik-8btg (ni yg kurus ya..klau serai yg gemuk2 tu cukup 5btg) 3)Daun kari 6tangkai-cuci n tos 4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic) 5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance) 6)garam dua...

Kari Ayam Tanpa Santan

Bismillahirrahmanirrahim... Masak yang mudah, kegemaran keluarga. Alhamdulillah..kari tanpa santan, sedap juga disamping dapat menjaga kesihatan. Anda mesti cuba ya.. Kari Ayam Tanpa Santan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong kecil 2 peket kecil rempah kari (Sue guna Babas) 1 sb kunyit serbuk Rempah 4 sekawan 1 labu bawang besar dimayang (untuk tumis) Daun kari Air secukupnya (anggaran 3 cawan) Minyak untuk menumis Garam secukup rasa Bahan kisar 1 labu bawang besar halia sebesar ibu jari 3 ulas bawang putih Bahan lain Ubi kentang Buah tomato Cili merah Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang besar yang dimayang dan juga daun kari. Bila telah harum, masukkan cili merah dan cili padi. 2. Setelah bahan tumis telah layu dan naik baunya, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit. Kacau sebentar. 3. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutupkan periuk dengan ...

Nasi Beriani resepi mudah dan sedap ala-ala nasi kenduri

Bismillahirrahmanirrahim.. Agak lama sebenarnya Sue tak masak nasi beriani, tapi musim cuti sekolah ni ada banyak masa di rumah, terlaksana juga hajat untuk memasak nasi beriani. Seperti biasa, resepi Sue yang mudah saja. Tapi rasanya alhamdulillah sedap. Anak2 dan hubby cakap dah macam rasa nasi kenduri hihihi... Gambar dari dalam periuk Nasi Beriani Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih dan rendam 30 minit) 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 2 inci halia dimayang 2 helai daun pandan disimpul 1/2 peket perencah nasi beriani Faiza (dijadikan pes iaitu ditambah 1/4 cawan air) 1 kiub pati ayam 4 cawan air 1/2 cawan susu cair 2 sb minyak sapi  + 1 sb minyak masak (untuk menumis) Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih) Garam dan gula secukup rasa Cara Memasak  (dengan periuk biasa) : Cairkan minyak sapi. Masukkan minyak masak. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekaw...