Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, July 13, 2013

Mee Goreng Basah

Salam 4 Ramadhan, antara menu hari ini...



Mee Goreng Basah

Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
Daging dipotong kecil
Udang (boleh ditambah dengan sotong mengikut kesukaan)
Fishball
Fishcake
Kicap manis
1 biji buah tomato  masak bersaiz besar dipotong dadu kecil  (sebagai ganti kepada penggunaan sos dan rasanya lebih sedap berbanding penggunaan sos)
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur
3 ulas bawang merah (untuk tumis)
3 ulas bawang putih (untuk tumis)
2 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika suka pedas)
Taugeh
Kucai
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara masak :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar, buah tomato yang dipotong dadu, sos tiram, kicap dan air serta daging. Untuk mee basah, air perlu dilebihkan sedikit, tapi jangan terlalu banyak, nanti jadi hanyut.
3. Bila telah mendidih dan daging juga telah empuk, masukkan garam serta gula. Masukkan fishball dan fishcake. Kacau sekejap.
4. Masukkan mee dan dikacau rata. Kuiskan mee ke bahagian tepi kuali supaya kuali ada ruang kosong dibahagian tengahnya. Perlahankan api, pecahkan telur  pada bahagian tengah kuali yang kosong tadi. Ambil mee yang dikuiskan pada tepi kuali dan timbuskan telur dengan mee.
5. Bila telur telah mula masak, masukkan sayur kucai dan taugeh. Kacau rata. 

Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment