JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, July 10, 2013

Daging Merah

Hari ini , 1 Ramadhan hari pertama kita umat Islam berpuasa. Apa menu anda berbuka tadi ? Sahur nanti nak masak apa pula. Kadang-kadang buntu fikir menu yang sesuai dengan selera. Apa kata anda cuba resepi ini. Sedap, insyaAllah. Di masak dengan penuh kasih sayang sambil berselawat.



Daging Merah

Bahan-bahan :
1/2 kg daging dihiris nipis dan direbus hingga empuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong baji
1 biji lada merah di potong
Daun limau
1 batang serai diketuk
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Air

Cara masak :
1. Panaskan minyak (anggaran 5 - 6 ) sudu besar.
2. Tumiskan bawang putih bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili, kisar,  sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tambahkan juga air. Masukkan daging serta garam dan gula secukup rasa. 
4. Masukkan daun limau dan bawang besar dan cili merah.
4. Kacau dalam api perlahan hingga sebati rasanya (anggaran 7 - 10 minit)

Siap, sedia dihidang.