Hari ini masuk hari ke 8 kita berpuasa. Cuaca pun panas, terfikir nak minum apa time berbuka. Rasa teringin air jagung. Memang kami satu family suka air jagung ni. Sue pun terus jalan2 ke blog Azlita Masam Manis. Hasilnya...walla...sedap sungguh. Anda mesti cuba. Terima kasih Azlita. AIR JAGUNG Sumber : Azlita Masam Manis Kordial Jagung Red Man secukupnya (Sue gunakan jenama Ameen) Air Gula secukup rasa 1/2 tin Jagung manis dalam tin 1 tin susu cair 2 sudu besar Susu pekat manis Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula. (Sue ikut cara Ita) Masak hingga air didih dan gula melarut Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya. Masak lagi hingga mendidih Masukkan susu cair dan jagung dalam tin Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa. Biarkan sejuk Hidangkan bersama ketulan ais.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...