Bismillahirrahmanirrahim.. Sarapan pagi yang sedap, mudah & mengenyangkan. Mini Quiche Roti Oleh : Surianti Ramli Bahan A 8 keping roti -gelekkan dengan rolling pin supaya rata, tekap bentuk bulat dan ketepikan. Bahan B (inti) 2 batang sosej dipotong kecil atau boleh juga gunakan daging kisar 1/2 labu bawang besar didadu kecil 1 sb mentega -cairkan mentega, masukkan bawang dan kacau hingga harum. Masukkan sosej (atau daging kisar). Kacau anggaran 3 minit, matikan api. Bahan C (sos telur) 2 biji telur ayam 1/3 cawan susu segar 1 sb lada hitam serbuk Secubit garam -satukan semua bahan, kocok sebati menggunakan garfu Bahan D (tabur) Sedikit daun sup dihiris halus Cheese mozarella parut Cara penyediaan : 1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang muffin dengan mentega. Letakkan roti yang telah digelek tadi. Tekan perlahan supaya roti memenuhi loyang muffin. 2. Sudukan bahan B (inti) ke dalam roti. Penuhkan bahan C (sos telur) ke dalamnya. Tabur bahan D. J...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...