Bismillahirrahmanirrahim.. Teringin sangat nak makan rebung masak lemak cili padi. Masak tengahari tadi sebenarnya. Kwn2 semua suka tak masakan begini ? Tapi ini bukanlah resepi org nismilan..ni versi utara. Versi # jendeladapursurianti Masak Lemak Cili Padi Rebung Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 1 mangkuk rebung -hiris sederhana nipis, rebus hingga didih dan toskan. 1 mangkuk udang 2 cawan santan cair 1/2 cawan santan pekat 1 batang serai diketuk 2 - 3 keping asam keping Garam secukup rasa Bahan kisar : 10 - 15 tangkai cili padi 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 ruas kunyit hidup Cara penyediaan : Masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali santan pekat). Masak dalam api perlahan hingga sedikit didih. Masukkan santan pekat, kacau rata sampai betul mendidih dan matikan api.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...