Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Apam

Apam Gula Hangus yang simple dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Apam Gula Hangus Oleh : Surianti Ramli Bahan gula hangus : 1 cawan gula pasir 1 cawan air -panaskan gula dalam kuali hingga cair keperangan. -tuang air perlahan-lahan. Masak hingga didih dan gula sebati dengan air. Matikan api, sejukkan. Bahan ayak : 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder - satukan bahan di atas, ayak. Ketepikan. Bahan lain : 2 biji telur  1/2 cawan minyak jagung 2 sb mentega 2 sb susu pekat Secubit garam - satukan bahan ini dan whisk hingga sebati. Cara penyediaan : 1. Satukan bahan gula hangus, bahan ayak & bahan lain dalam mangkuk besar. 2. Gunakan whisker dan whisk sebati.  3. Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis. 4. Gunakan berus kecil dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 bahagian acuan. 5. Kukus selama 20 minit, api sederhana. Bila masak, terbalikkan acuan dan apam akan tanggal sendiri.

Apam Beras mudah untuk sarapan

Bismillahirrahmanirrahim, baru-baru ni, Sue demam..bila kebah je demam, tetiba rasa teringin sangat nak makan apam beras..buatlah juga walaupun masih lemah lagi masa tu..alhamdulillah sedap..makan dengan kelapa parut, lawan dengan kopi o..sedapnya la... Apam Beras Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 cawan nasi sejuk 1 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 1/4 cawan air 3/4 cawan gula pasir 1 sk yis segera (Sue guna mauripan) Pewarna kesukaan Minyak untuk gris pada acuan Cara penyediaan : 1. Kisar nasi bersama air hingga halus. Masukkan gula dan kisar lagi. 2. Satukan bahan kering lain dan gaul bersama bahan kisar hingga sebati. Perap selama 3 jam. 3. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letakkan warna kesukaan. 4. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan isi 3/4 acuan dengan adunan. 5. Didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dulu, balut tudung periuk dengan tuala/kain untuk mengelak air menitis. 6. Kukus apam selama 15 minit. Sedap dimakan dengan...

Apam Polkadot yang berwarna warni, menarik dan sedap pula

Sebenarnya dah lama Sue berkenan dengan apam polkadot hasiltangan seorang sahabat Fb, Habibah Mohd Zaini. Kreatif sungguh cara beliau menghasilkan pelbagai corak dan gambar atas apam polkadotnya. Ada kartun minion,  bentuk strawberry, ladybug dll. Sue pun cuba-cuba buat. Tapi memandangkan tangan ni keras lagi dan pewarna di rumah pun tak lengkap, Sue hanya buat bentuk strawberry sahaja. Hasilnya tak secantik Habibah. Segan jugak nak buat tayangan. Kena berlatih buat lagi ni...jom kita lihat :) Apam Polkadot Sumber : Habibah Mohd Zaini Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 biji telur dari peti ais 1 cawan gula icing 2 cawan tepung gandum *ayak 1 sb baking powder *ayak 1 sb ovalette 150 ml susu cair 1 st esen vanila Filling mengikut citarasa (Sue letak filling strawberry) Pewarna hijau, merah dll (ikut citarasa sendiri) Cara penyediaan : 1. Pukul telur hingga kembang. 2. Masukkan gula dan pukul sebati, kemudian masukkan ovalette sambil dipukul lagi hi...

Apam Snow White mudah

Dah lama Sue tak masak apam. Sebelum ini, Sue pernah buat apam beras. Letak warna pink, putih dan hijau. Resepinya lebih kurang dengan ini juga, tapi ada kelainan sedikit. Rasa macam sedap je bila teringat nak makan apam. Akhirnya terhasillah apam snow white ni setelah berjalan-jalan ke dapur Myresepi. Yummy ! Makan dengan kelapa parut. Lawan dengan milo panas. Waktu hujan pulak, lapar. Asyik makan je hihihi... Apam Snow White Sumber :  qnq0910 (Myresepi) Dicuba oleh : Surianti Ramli 3 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir 1 packet mauripan@ibu roti 2 cawan nasi 3 cawan air Cara-cara -masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air. -gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu. -kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur. -campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan. -biarkan adunan mesra selama satu jam, adunan akan mengembang selepas itu. -sele...

Apam Susu yang ringkas dan mudah

Sarapan kami sekeluarga beberapa hari lepas, Apam susu & air kopi. Sedap, cepat dan mudah. Bahan yang digunakan pun ringkas. Kalau sesiapa yang baru belajar memasak atau pun yang berkejar masa macam Sue, memang harus cuba apam ni. Bismillah... Apam Susu Sumber : Resepi Ringkas Bahan-bahan : 4 biji telur 1 st esen vanilla 1 sb ovalette 1 cawan gula halus 4 sb susu pekat 2 cawan tepung gandum Cara penyediaan : Pukul telur, esen vanilla, ovalette dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan susu pekat. Akhir sekali masukkan tepung. Pukul sebati. Letakkan warna mengikut kesukaan. Kukus selama 40 minit @ hingga masak. *didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dulu.

Jom sarapan apam kampung yang mudah dan sedap

Agak beberapa hari dapur tidak berasap disebabkan kekangan masa, akhirnya hari ini dapat juga Sue masak apam kampung yang sedap. Harum gula merah buat Sue teringat-ingat. Sedapnya ! Resepinya dari Yatie Memories. Penyediaannya juga mudah. Kalau yang belum pernah mencuba, anda harus cuba kali ini. InsyaAllah pasti jadi. Apam Kampung Oleh : Surianti Ramli Sumber :  Yatie Memories Bahan A   1/2 cwn gula merah* 1/2 cwn gula pasir* 2 cwn air* 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan) Bahan B 11gm yis mauripan 1/2 cwn air suam 1 sudu kecil gulahalus Bahan C 4 cwn tepung gandum secubit garam Cara-Cara Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati) Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebat...

Minum petang dengan Apam Mentega Gula Hangus yang sedap sangat

Sebenarnya dah banyak hari Sue teringin nak makan apam ni. Tapi hasrat tu tertangguh-tangguh disebabkan kekangan masa. Maklumlah, kalau hari bekerja, masak pun ala kadar disebabkan berkejar dengan masa. Alhamdulillah, baru-baru ini, dapat juga Sue masak apam ni hasil berjalan-jalan ke dapur  Yatie Memories . Sedap sangat ! Jom kita lihat resepinya. Apam Mentega Gula Hangus Resepi asal :  Yatie Memories Bahan (A)  Bahan2 utk gula hangus : 11/2 cawan gula pasir 1 cawan air (guna air panas dan tuang sikit2) 250 gm mentega Cara membuat gula hangus : Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan. Bahan (B) 3/4 cawan gula castor 4 biji telur 3 cawan tepung gandum ayak bersama 2 sudu teh soda bikarbonate 1 tin su...

Apam beras yang sedap untuk minum petang...

Selamat petang semua, petang ni teringin pulak nak makan apam. Sue pun blogwalking. Terjumpa resepi yang mudah dan sedap dari blog Yatie Memories  Bahan-bahan semua dah ada, terus masuk dapur dan taraaa....inilah hasilnya. Memang sedap ! Tq Yatie untuk resepi ini. Apam beras/apam nasi Sumber : Yatie Memories Bahan-bahannya. 2 cwn nasi 2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras 1 1/2cwn gula pasir 2 1/2 cwn air 2 sudu kecil yis (mauripan) kelapa parut dgn sedikit garam Cara-cara Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. Hidang bersama kelapa y...