Skip to main content

Laksa Penang

Salam 5 Ramadhan, menu hari ni simple je. Laksa Penang, ikut resepi mak mertua Sue. Family memang suka dengan laksa, kalau tak ada nasi pun tak apa. Sue pulak, makan setakat semangkuk je. Memang Sue agak kurang gemar jenis makanan berkuah. Makan semangkuk pun dah cukup. Nasi juga yang dicari. Itu pun yang kering tanpa kuah. Jom kita tengok bahan membuat laksa.


Laksa Penang

Bahan-bahan :

Untuk kuah laksa :
 1/2 kg ikan sardin segar dicuci bersih
2 ekor ikan gelama masam dicuci bersih
2 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai*
1 senduk udang direbus*
2 inci belacan dibakar
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping (saya gunakan 8 keping asam)
*kuah laksa biasanya sedikit masam, terpulang pada kesukaan anda
2 liter air kosong
Garam
Bahan bertanda * dikisar halus

Bahan sayur untuk diracik :
Daun selum (boleh digantikan dengan daun salad)
Daun gajus
2 labu bawang besar
1 biji timun
Daun pudina (Saya tak letak sebab tak dapat cari dipasar tadi)
Cili merah

Sebungkus laksa direndam semalaman (atau 4 jam) dan direbus hingga lembut dan ditoskan


Cara masak :
1. Ikan sardin dan ikan gelama masam direbus bersama air 2 liter hingga mendidih.
2. Asingkan isi ikan dari tulangnya. Ketepikan air rebusan.
3. Isi ikan dikisar halus. Begitu juga tulang ikan dikisar (berasingan dari isi ikan)dan ditapis supaya tulangnya yang tidak hancur tidak  bercampur dengan isi ikan. Ketepikan.
4. Masukkan cili kisar dan bahan kisar lain serta juga belacan dan asam keping ke dalam periuk.  Masak sehingga cili telah cukup masak.
2. Masukkan air rebusan ikan, air rebusan udang dan isi ikan.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
4. Perisakan dengan garam secukupnya.
5. Masak hingga mendidih dan sedia dihidang bersama laksa dan sayur racik di atasnya.

Jika suka, boleh juga di tambah petis ( ada setengah orang menyebutnya sebagai otak udang)


Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...