Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bingka

Bingka labu sedap untuk minum petang

Bismillahirrahmanirrahim, Bingka Labu (loyang 9 x 9 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan A 400 gm labu -buang kulit, timbang dan potong kecil -rebus hingga empuk, toskan airnya dan lecek halus Bahan B 2 biji telur (kocok sedikit dengan garfu) 230 ml santan pekat 200 ml air 160 gm susu pekat 100 ml susu cair 120 gm gula pasir 300 gm tepung gandum 2 sudu besar minyak 1/2 sudu kecil garam -satukan semua dalam mangkuk besar dan kacau sebati, tapis jika masih berketul Bahan C Bijan -untuk tabur di atas bingka,sukatan ikut citarasa sendiri. Jika suka banyak, boleh tabur lebih Cara penyediaan : 1. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan loyang kosong tadi untuk dipanaskan bersama. 2. Satukan bahan A dan bahan B. Kacau sebati. Curahkan ke dalam loyang yang kita telah panaskan tadi. 3. Bakar bingka selama 50 minit - 1 jam mengikut oven masing-masing. Selepas 15 minit pembakaran, keluarkan dan tabur bijan pada permukaan bingka. Kemudian sa...

Bingka Pandan Tumis yang mudah, harum wangi..sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Bingka Pandan atau pun kalau di utara disebut bengkang pandan..memang sedap..lemak-lemak manis. Dengan harum pandan, dengan bawang tumis tu..alahai.. Sebenarnya dah lama Sue nak masak bingka ni, tapi tertangguh disebabkan tidak berkesempatan. Kebetulan sekarang cuti sekolah, masa banyak dihabiskan dirumah dapatlah masak dan buat entry. Bingka Pandan Tumis Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : Bahan kisar 2 cawan tepung gandum 1 cawan jus pandan (saya kisar 4 helai daun pandan bersama air dan tapis) 3 cawan santan (campuran dari 2 cawan santan pekat + 1 cawan air) 1 cawan gula pasir 3 biji telur 2 sb mentega Secubit garam 1 - 2 titik pewarna hijau jika perlu - satukan semua bahan di atas dan kisar hingga sebati. Ketepikan. Bahan tumis  3 - 5 ulas bawang merah  2 sb mentega -panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang sehingga kekuningan dan garing. Cara penyediaan : Griskan loyang segiempat bersaiz 8inci x 8 inci...

Bingka Jagung resepi yang sedap

Hasil jalan-jalan ke dapur Yatie Memories , Sue pun mencuba resepi dari Yatie. Memang mudah dan sedap. Dah lama sebenarnya Sue teringin sangat nak makan bingka jagung. Akhirnya dapat dari dapur Yatie. Sesuai sangatlah untuk kita yang tercari-cari resepi yang ringkas dan sangat praktikal terutamanya kita yang mengejar masa. Jom kita cuba. Bingka Jagung - (sumber :  Yatie Memories ) Bahan-Bahan(loyang 9x9 inci) : 1 cawan gula 1 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cwn tepung kastard 1 cawan santan pekat 2 cawan air 2 sudu besar mentega/minyak sapi 4 biji telor secubit garam 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn) bijan utk hiasan sedikit pewarna kuning Cara-Cara:- Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mente...