Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Friday, December 7, 2018

Kek Pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim,
Sedap, gebu dan lembab kek pisang ni. Simpan semalaman lagi sedap.


Kek Pisang Gebu
.
Bahan-bahan :
225 g mentega
180 g gula perang
4 biji telur gred A
100 g susu segar
150 g pisang ranum yang dilecek (saya guna pisang emas)
300 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
(bahan bertanda *
disatukan dan diayak)
.
Hiasan tabur di atas :
2 biji pisang ( dihiris bulat nipis letak atas kek)
.
Cara penyediaan :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
3. Masukkan bahan ayak dan susu berselang seli sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.
4. Matikan mixer dan masukkan pisang lecek. Gaul sebati dengan spatula.
5. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah digris dan dialas.
6. Ratakan adunan, hentak loyang 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara. Susun hirisan pisang di atasnya.
7. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dulu. Bakar kek pisang hingga masak pada suhu 160’C selama 50-60 minit bergantung pada kapasiti oven masing-masing.
8. Sejukkan kek atas redai.



Makaroni bakar, sedap dan kaya dengan cheese

Bismillahirrahmanirrahim,


Menu kesukaan anak-anak.  Resepi ni senang saja, insyaAllah semua orang pun boleh buat✌️sedap tau, mesti cuba😍
.
Makaroni Bakar Berkeju atau
Cheesy Baked Macaroni
.
Bahan-bahan :
2 cawan makaroni
1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) - dadu
3 ulas bawang putih - dadu
1 mangkuk kecil daging atau ayam dipotong kecil
1/2 tin sos pasta asli Adabi
3 sudu besar sos cili Adabi
Sayur : Karrot,
batang celery, capsicum
1 sudu besar serbuk lada hitam
5 sudu besar minyak zaiton Adabi untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
.
Cara rebus makaroni :
1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaiton Adabi. Tumiskan bawang hingga layu.
3. Masukkan daging dan air. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sos pasta, sos cili bersama sayur, garam dan gula. Kacau hingga didih.
5. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam. Kacau rata. Matikan api. Ketepikan.
.
Sos Putih :
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu cair (boleh juga gunakan susu segar)
1 sudu kecil lada putih
1/2 kiub pati ayam Adabi
Satukan semua bahan sos putih dalam periuk. Sentiasa kacau dalam api perlahan hingga didih dan sedikit pekat. Matikan api.
.
Bahan lain untuk tabur di atas :
Mozarella cheese parut
1 sudu besar mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya)


.Cara penyediaan :
1. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu. Griskan loyang dengan butter.
2. Masukkan makaroni ke dalam loyang tadi. Curahkan sos putih di atasnya secara merata. Tabur cheese mozarella dan mixed herbs.
3. Bakar hingga masak mengikut oven masing-masing. (Oven saya suhunya 160'C selama 30 minit)


Monday, December 3, 2018

Kek Fruit Pastry Viral yang memang sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
.
Resepi kek ini saya pernah kongsikan dalam majalah Aroma bulan Feb 2016 dan memang sedap. Baca resepi sampai habis tau 😍



.
Fruit Pastry Cake
.
Bahan-bahan :
• 100 g mentega
• 180 g gula caster (saya letak 160 g)
• 50 g sour cream (atau greek yogurt perisa asli)
• 3 biji telur gred A (dipukul sedikit dengan garfu)
• 1/2 sudu teh esen vanilla
• 1 sudu teh pes lemon (atau pati sunquick)
• 210 gm tepung naik sendiri
.
Bahan hiasan :
• Buah-buahan seperti strawberi , blueberry, peach, kiwi, nenas, epal dan lain-lain jenis buah yang tidak terlalu berair. Jika menggunakan buah dalam tin, airnya hendaklah ditoskan dan buah perlu dilap kering.
.
• Snow powder secukupnya (untuk ditabur atas kek yang telah masak)
.
Cara penyediaan :
1. Pukul mentega , gula dan sour cream sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sambil dipukul lagi. Bila telah sebati, masukkan esen vanilla dan pes lemon.
3. Masukkan tepung dan kacau secara kaup balik.
4. Griskan loyang bulat bersaiz 8 inci , alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Hentak 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara dan supaya buah tidak tenggelam nanti.
6. Susun buah-buahan pada bahagian atas kek (tidak perlu ditekan, memadai meletakkannya sahaja).
7. Panaskan ketuhar selama 10 minit terlebih dahulu. Bakar adunan kek pada suhu 160’C selama 45 - 50 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)
8. Sejukkan kek diredai dan boleh dihias dengan menabur snow powder diatasnya.
.
*semua bahan kek diatas boleh dibeli di kedai bakeri.


Ayam Tandoori yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim,



Nampak macam banyak bahan, tapi cara membuatnya mudah saja. Sedap dimakan dengan roti nan, tapi saya makan dengan nasi.
.
Ayam Tandoori
.
Bahan utama :
5 bahagian ayam
1 cawan yogurt asli
1 biji lemon - ambil jusnya
Garam
1/2 sk pewarna merah
.
Bahan A (kisar)
3 tangkai daun ketumbar
3 tangkai daun pudina
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
.
Bahan B
1 sb serbuk cili
1 sb rempah kari
1 sk kunyit serbuk
.
Bahan C (kisar/tumbuk)
1 sb jintan manis
1 sb ketumbar
1 sb lada hitam
.
Cara penyediaan :
1. Ayam dicuci bersih, kelar sedikit serta direbus separuh masak dan toskan. Kalau tak mahu rebus pun boleh , tapi kena panggang lama sikit (Saya nak jimatkan masa memanggang nanti)
2. Satukan semua bahan, gaul sebati dan lumurkan pada ayam.
3. Perap semalaman (atau 4 jam). 4. Boleh digoreng atau bakar dalam oven/pemanggang hingga masak. (Saya panggang menggunakan air fryer pada suhu 180’C selama 20 minit)


Nasi goreng kampung yang mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim,



Nasi Goreng Kampung
.
Bahan-bahan :
2 cawan beras - dimasak menjadi nasi dan biarkan sejuk
3 biji telur
Sayur kangkung - rendam sekejap dalam air bersih untuk membuang pasir, cuci bersih dan ambil bahagian daun dan batang yang lembut saja
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
.
Bahan tumbuk :
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi (boleh kurangkan atau tambah)
Segenggam ikan bilis - rendam sekejap untuk melembutkannya
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga harum.
2. Tolak bahan tumisan ke tepi kuali, masukkan telur. Kacau dengan cepat menjadi telur hancur.
3. Masukkan nasi sejuk, tabur garam di atasnya. Kacau goreng hingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan sayur kangkung. Goreng sebati, matikan api.


.
Nota :
Saya tak letak sos ikan atau serbuk perasa (aji) sebab alahan & akan jadi migrain. Kalau suka anda boleh tambah

Cucur Udang yang kekal lembut dan tak liat walaupun dah sejuk

Bismillahirrahmanirrahim,



Cucur Udang
.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit serbuk
Taugeh
Kucai
Udang
1 biji telur
1 1/4 cawan air suam
.
Cara penyediaan :
Satukan semua bahan, kacau sebati. Biarkan 30 minit & boleh digoreng dalam minyak panas. Angkat dan toskan.
.