Bismillahirrahmanirrahim, Mudahnya memasak bihun goreng menggunakan perencah bihun dari Adabi, tanpa perlu garam, gula atau tambahan sebarang sos. Semuanya lengkap dan sangat sedap. Bihun Goreng Surianti Kitchen Bahan-bahan : 100 gm bihun direndam hingga lembut, toskan 1 peket perencah bihun goreng Adabi 1 keping dada ayam dipotong kecil Air (anggaran 1/2 cawan) Fishball Sayur sawi/taugeh Minyak masak *jika suka boleh tambahkan udang/sotong Untuk sukatan di atas, saya ikut seperti yang terdapat pada belakang bungkusan perencah. Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak masak. 2. Tumiskan perencah bihun goreng. 3. Masukkan isi ayam berasa sedikit air, biarkan isis ayam masak. 4. Masukkan fishball dan biar sekejap. 5. Masukkan bihun dan kacau goreng hingga sekata. 6. Masukkan sawi diikuti oleh taugeh. Kacau sebati dan matikan api.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...