Bismillahirrahmanirrahim, Menu kesukaan anak-anak. Resepi ni senang saja, insyaAllah semua orang pun boleh buat✌️sedap tau, mesti cuba😍 . Makaroni Bakar Berkeju atau Cheesy Baked Macaroni . Bahan-bahan : 2 cawan makaroni 1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) - dadu 3 ulas bawang putih - dadu 1 mangkuk kecil daging atau ayam dipotong kecil 1/2 tin sos pasta asli Adabi 3 sudu besar sos cili Adabi Sayur : Karrot, batang celery, capsicum 1 sudu besar serbuk lada hitam 5 sudu besar minyak zaiton Adabi untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya . Cara rebus makaroni : 1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak zaiton Adabi. Tumiskan bawang hingga layu. 3. Masukkan daging dan air. Masak hingga empuk. 4. Masukkan sos pasta, sos cili bersama sayur, garam dan gula. Kacau hingga didih. 5. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam. Kacau...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...