Bismillahirrahmanirrahim..dah lama tak makan begini, sedap pulak. penyediaannya pun mudah saja, Minum kopi o panas-panas..sedapnya. Ubi Kayu Rebus Oleh : Surianti Ramli Ubi kayu dikupas kulitnya dan dicuci bersih Secubitr garam kasar Air secukupnya hingga dapat tenggelamkan ubi -satukan semua dan rebus hingga ubi empuk. Angkat dan toskan. Kelapa parut yang putih Sedikit gula pasir (saya letak 1 sb) Secubit garam halus -satukan semua dan gaul sebati secukup rasa. Sambal Cili Padi Ikan Bilis Semangkuk kecil ikan bilis 1 labu bawang besar dihiris nipis 7 - 10 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) * 5 ulas bawang merah * 2 ulas bawang putih * sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa 2 keping asam keping - bahan bertanda * dikisar halus. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis bersama bahan kisar. Kacau sekejap, masukkan asam keping, garam dan gula. Bila sambal mulai pekat, masukkan bawang besar dan kacau rata. Sedia dihidang. ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...