Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pau

Pau Gebu dan Lembut

Seronok sangat berjaya membuat pau yang gebu dan lembut seperti ini. Hubby dan anak2 Sue suka sangat. Mudah pula cara membuatnya. Resepi ini Sue dapat dari sahabat FB yang memang pakar memasak, kak  Kak Norlie (boleh click di sini) Sebelum dikukus Selepas dikukus Pau Gebu Sumber : kak Norlie Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan ( 10 biji ) 250g (2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh) 3g (3/4 sudu teh) yis kering 2g (1/2 sudu teh) baking powder 50g (4 sudu makan) gula castor 20g (1 sudu makan) lemak sayuran 2g (1 sudu teh) bread softener 1/2 cawan air suam Cara-cara Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu doug...