Bismillahirrahmanirrahim , Banyak stok pisang di rumah, kelmarin muffin pisang. Hari ini cokodok pula. Ada tak yang suka makan cokodok ? Ini versi yang rangup diluar dan kekal lembut didalam walaupun telah sejuk. Nampak ringkas tapi ada yang gagal membuat cokodok. Bila sejuk jadi keras cokodoknya, kan ? . Cokodok Pisang Oleh : Surianti Ramli . Bahan-bahan : 7 biji pisang emas/awak yang sederhana besar 2 sudu besar gula perang (boleh pakai gula pasir biasa) 1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil garam 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung beras . Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan di atas (kecuali tepung), lenyek bersama pisang hingga hancur. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kalau terlalu lembut, tambahkan 1 - 2 sudu besar tepung gandum lagi. 3. Biarkan adunan anggaran masa 15 minit. Basahkan tangan dan jemput adunan, goreng dalam minyak yang panas hingga masak. Tujuan tangan dibasahkan supaya adunan tidak mel...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...