Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Biskut Raya 2016

Tart Cik Siti aka Tart Bunga

Bismillahirrahmanirrahim.. Marathon biskut raya ke 4. Biskut tart ini ada Sue kongsikan dalam Aroma edisi raya Julai 2016. Tak ada lagi biskut yang ke 5 sebab nak buat almond london, cuma sempat salut badam & bakar. Tak sempat salut coklat dah. Tart Cik Siti Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 125 gm mentega 30 gm gula kastor 1 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanilla Bahan B (diayak) : 200 gm tepung gandum 20 gm tepung jagung Bahan C : Jem nanas digentel bulat sebesar guli Cara penyediaan : 1. Bahan A dipukul sebati menggunakan senduk kayu. 2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh. 3. Canai doh dan terap menggunakan acuan bunga pecah 5 atau 6. 4. Masukkan tart ke dalam cawan kertas. Tekan sedikit bahagian tengahnya hingga terbentuk bulat. Letakkan jem dan tekan sedikit dengan berhati-hati. 5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 10 minit, baru dibakar tart hingga masak pada suhu 160’C selama 23 minit. ...

Samperi Dahlia yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Ini pun cerita semalam, selepas siapkan tempahan customer.. marathon biskut raya. Biskut ke 3 tahun ini. Resepinya dari kakak kembar Sue, kak Jalilah JJ  . Semprit Dahlia versi JJ Dicuba oleh : Surianti Ramli 250 butter scs unsalted 250 butter twin cow 170 gram gula icing 2 cawan tepung kastard 3 cawan tepung jagung 2 sudu besar tepung sagu 1/2 cawan tepung gandum tgk pd kelembutan jnji xmelekat di tgn 1 sudu teh essen rose/vanila Cara penyediaan : 1.Satukan butter, gula icing ,esen rose dan serbuk vanilin dan pukul sebati tak perlu lama.Gunakan senduk kayu sahaja. 2.Masukkan tepung kastard ,tepung jagung dan tepung gandum uli hingga menjadi doh dan warnakan mengikut pilihan anda. 3.Guna acuan dan terap. susun dalam tray hiaskan dgn coklat chip.(sue letak ceri merah) Bakar pada suhu 160, 25-30 minit bergantung pada oven yg digunakan.

Biskut Mazola resepi mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Marathon biskut raya ke 2, masih lagi resepi yang mudah dan biskut org lama2.. biskut mesra tetamu katanya..  Biskut Mazola Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak) 1/2 cawan gula icing (ayak) 2 cawan kacang tanah kisar (goreng dulu tanpa minyak, barulah dikisar) 1 cawan minyak jagung Hiasan : Kuning telur Kacang tanah goreng Cara penyediaan : 1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati. 2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik. 3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150'C - 180'C, masa antara 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing.

Biskut Peanut Butter sedap resepi orang lama

Bismillahirrahmanirrahim.. Selepas siapkan tempahan biskut kwn2, ini lah biskut raya Sue yang pertama, dibuat 3 hari sebelum hari raya. Sue sukakan biskut dulu2. Biskut org lama, menggamit nostalgia. Dulu biasa org gunakan marjerin planta tapi Sue gunakan daisy kali ini. Biskut Peanut Butter Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3/4 cawan mentega kacang halus 1/2 cawan mentega (saya guna marjerin daisy) 1/2 cawan gula kastor 2 cawan tepung gandum (ayak) *beberapa sudu tepung jika doh masih lembik Bahan hiasan : Kismis hitam Cara penyediaan : 1. Satukan mentega kacang, mentega dan gula. Pukul sebati. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika adunan tidak melekat ditangan, tak perlu habiskan tepung. Tapi jika adunan masih lembek, boleh tambah beberapa sudu tepung gandum hingga mendapat doh yang cantik. 3. Sapu sedikit mentega pada acuan untuk mengelakkan biskut melekat. Letakkan kismis hitam pada dasarnya dan masukkan doh. Tekan hingga padat. Ulang proses ...

Famous Amos kudapan kesukaan anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim..,famous amos, sejenis drop cookies yang sedap & mudah penyediaannya, bukan saja pada musim raya, tapi bila-bila masa pun sesuai menjadi kudapan..anak2 Sue panggil biskut chipsmore. Famous Amos Chocolate Chip Cookies Oleh : Surianti R amli Bahan-bahan : 1/4 cawan gula kastor 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan mentega 1/2 cawan minyak jagung 1 biji telur gred B 1 sudu besar susu pekat 2 cawan tepung gandum* 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil cream of tatar* 1 sudu kecil soda bikarbonat* 1/4 cawan walnut cincang (atau badam cincang) 1 cawan chocolate chip 1 sudu kecil esen vanila Secubit garam Bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : 1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati menggunakan senduk kayu. (Tidak perlu lama, sekadar menyebatikannya sahaja) 2. Masukkan bahan ayak, walnut dan coklat chip. Gaul sebati. 3. Adunan ini agak lembik sedikit. Gunakan sudu teh untuk menyudukan adunan pa...