JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, July 22, 2013

Bubur Lambuk

Salam 13 Ramadhan 1434 H, masak apa hari ini. Sue teringin nak makan bubur lambuk. Kalau diutara, disebut bubur kanji. Memandangkan bulan puasa ni, seharian perut kita kosong, memang sesuai sangat kalau berbuka kita makan bubur ni. Teksturnya bagus untuk penghadaman perut kita, tidak terlalu kenyang, sedang elok je kalau kita makan bubur lambuk ni. Kalau kekenyangan sangat pun, nanti berat nak buat solat sunat terawih pulak, kan...


Bubur Lambuk

Bahan-bahan :
2 cawan beras dicuci bersih
2 inci halia diracik halus*
5 ulas bawang merah (ditumbuk)*
2 batang serai dititik*
1 sudu besar penuh rempah soto serbaguna Tok Mak*
(Jika tiada, boleh digantikan dengan rempah sup)
1 mangkuk kecil daging dipotong dadu kecil*
Segenggam lobak masin dipotong dadu*
1/2 mangkuk udang basah
1 cawan santan pekat
10 biji lada hitam
Rempah 4 sekawan*
Air secukupnya

Bahan untuk tumis darat :
(Tumis darat bermaksud, tumis kemudian)
4 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar halba

Cara masak :
1. Masukkan beras dan air serta bahan bertanda * . Rebus hingga beras kembang.
2. Masukkan udang, santan, garam dan lada hitam.
3. Masak hingga sebati dalam api perlahan. Tutupkan api. Ketepikan.

Cara tumis darat :
1. Panaskan minyak dalam kuali berasingan (saya guna 2 sudu besar mentega).
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Kacau sekejap dan kemudian masukkan halba. Tutupkan api.
3. Curahkan bahan tumis tadi ke atas bubur kanji. Tidak perlu dimasak lagi. Tutup tudung periuk rapat supaya wanginya tidak keluar.

Sedia dihidang bersama ikan bilis goreng dan telur masin.