Bismillahirrahmanirrahim, Agar-agar Lumut atau juga dipanggil Agar-agar Santan Pandan yang mudah disediakan dan wajib ada pada bulan puasa. Resepi ulangan yang saya pernah kongsi banyak kali. . Agar-agar Lumut atau dipanggil juga Agar-agar Santan Pandan @surianti_kitchen . Bahan-bahan : 1 peket 10 g serbuk agar-agar 3/4 cawan gula 4 cawan jus pandan - kisar 10 helai daun pandan dengan air dan tapis ambil airnya 1 cawan santan pekat 1 biji telur - pukul sedikit dengan garfu 1/2 sudu kecil garam *jika suka lebih hijau boleh letakkan beberapa titis pewarna, tapi saya tak letak . Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan, kacau sebati dan masak atas api sederhana. Biar betul-betul mendidih, matikan api. 2. Basahkan acuan/loyang. Curahkan adunan dan biarkan sejuk/beku. Simpan dalam peti ais.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...