Bismillahirrahmanirrahim.. kudapan petang yang sedap, rempeyek homemade tanpa acuan.. sedap krup krap.. alhamdulillah..tq k. LinaKz Shaari Rempeyek Kacang Tanah Sumber : LinaKz Shaari Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan A: 1 biji telur (gred B) 3 biji bawang putih 3 biji cili api (kurang lebih ikut selera masing2) 1/4 cawan ikan bilis 1/4 sk kapur sahaja + bancuh dgn 2sb air (kacau rata kemudian ambil 1/2 sahaja) 275ml air ~ Kisar bahan A hingga halus Bahan B: 175gm tepung beras Garam secukup rasa 2sb jintan putih (basuh & tos) Bahan C: Kacang tanah (basuh & tos) Cara: Satukan bahan A dan bahan B. Kacau hingga sebati. Masukkan kacang tanah 2 genggam. Panaskan minyak dlm kuali. Bila dah panas, curahkan minyak di tebing kuali dan tuang bancuhan nipis di tebing kuali. Curahkan minyak panas pada rempeyek, rempeyek akan tanggal dan jatuh dlm kuali. Balik balikkan rempeyek. Bila warna dah tukar coklat, bolehlah diangkat dan tos. Selamat mencub...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...