Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, December 27, 2015

Kek Marjerin Fruity

Bismillahirrahmanirrahim..
Sedap kek ni, bila kita gigit terasa buahnya. Sue ambil resepi ni dari Fb Azlina Ina. Anak-anak dan hubby pun suka, sedap dan kurang manis. Selamat mencuba.



Kek Marjerin Fruity
Sumber : Azlina Ina
Olahan semula : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
250 gm marjerin
1/2 cawan gula caster
4 biji telur A
2 sb oren sunquick
1 cawan buah2an kering (rendam 5 minit dalam air suam, tos dan buang airnya. Ketepikan)
Bahan ayak :
3 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Bahan karamel :
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas
-masak gula atas api perlahan hingga gula cair dan menjadi perang. Tuang air panas perlahan-lahan, kacau sekejap. Matikan api dan biar sejuk.
Cara penyediaan kek :
1. Pukul marjerin dan gula caster hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur 1 per 1 sambil dipukul lagi.
3. Bahan ayak (tepung, soda dan baking powder) digaulkan sebati bersama buah-buahan kering. Masukkan campuran bahan ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan marjerin tadi sambil dikacau secara kaup balik.
4. Tambahkan oren sunquick sambil dikacau lagi.
5. Masukkan gula karamel dan kacau sebati.
6. Griskan loyang segiempat 8 x 8inci, alas dengan baking paper dan gris sekali lagi diatasnya.
7. Tuang adunan kedalam loyang. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu dan barulah dibakar kek hingga masak mengikut oven masing-masing (oven saya 160'C selama 45 minit)

Nota :
-Sue gantikan marjerin dengan mentega Anchor.
-cara dan bahan lain Sue ikut seperti tuan punya yang asal.

Friday, December 25, 2015

Mini Bun Sarang Lebah yang sedap dan popular di alam maya

Bismillahirrahmanirrahim..
Fenomena alam maya tidak lama dulu, menjadi kegemaran kami sekeluarga, rotinya lembut bak kapas..Sue ambil resepi dari Lydia Honey, hanya Sue uli menggunakan mixer dan Lydia menggunakan tangan. Tak kisahlah kan, anda boleh je gunakan tangan, mixer atau bread maker untuk menguli..asalkan menjadi rotinya.
Untuk kali ini, Sue buat 1 1/2 adunan dari asal dan bulat-bulatkan sebesar buah langsat (tak timbang pun dohnya). Loyang pula Sue gunakan saiz 10 inci x 10 inci.




Bee Hives Mini Bun/Roti Sarang Lebah
Resepi Asal : Lydia Honey
Dicuba oleh : Surianti Ramli (Sue uli menggunakan mixer)

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air

Cara-cara :
-jika menggunakan breadmaker, masukkan bahan cair dulu diikuti bahan kering.
-jika menggunakan mixer, masukkan bahan kering dulu diikuti bahan basah.
*Uli hingga doh menjadi licin dan kenyal.
Biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas atau tertutup.
Bila doh sudah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar guli dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh sedikit lembik, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2 kali ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik, panaskan oven anda. Masa pembakaran dan suhu bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.
*Sue bakar pada suhu 180' selama 22 minit.
Keluarkan dari oven dan terus sapukan mentega di atasnya. Tuangkan butterscotch sauce.
Sedia untuk dihidangkan.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cawan brown sugar (bukan gula merah)
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
-Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla essence dan bila semuanya sebati, matikan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.






Wednesday, December 23, 2015

Kari Ayam Tanpa Santan

Bismillahirrahmanirrahim...
Masak yang mudah, kegemaran keluarga. Alhamdulillah..kari tanpa santan, sedap juga disamping dapat menjaga kesihatan. Anda mesti cuba ya..

Kari Ayam Tanpa Santan
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
2 peket kecil rempah kari (Sue guna Babas)
1 sb kunyit serbuk
Rempah 4 sekawan
1 labu bawang besar dimayang (untuk tumis)
Daun kari
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan kisar
1 labu bawang besar
halia sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih
Bahan lain
Ubi kentang
Buah tomato
Cili merah
Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang besar yang dimayang dan juga daun kari. Bila telah harum, masukkan cili merah dan cili padi.
2. Setelah bahan tumis telah layu dan naik baunya, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit. Kacau sebentar.
3. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutupkan periuk dengan tudung. Masak hingga pecah minyak.
4. Tambahkan air, kentang dan garam. Tutupkan tudung periuk semasa proses ini. Bila kentang dan ayam mulai empuk, masukkan buah tomato.
5. Kacau sebati dan terus matikan api.
Sedia dihidang.


Tuesday, December 22, 2015

Kek Pisang sedap dan gebu

Bismillahirrahmanirrahim..petang terpesona tengok kek pisang kakUmmi Zaihadi..terus pegi beli bahan & buat..serius, terlajak sedap kek pisang ni..lembut dan gebu..lain sangat dari kek pisang yang Sue pernah makan. Wajib cuba, percayalah..makan tak jemu dan tak muak. Memang tak sama dengan resepi yang pernah Sue buat sebelum ni.


Banana Chocolate Rice Cake
Sumber : kak Ummi Zaihadi
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan A:-
150 gm marjerin (Sue guna butter Anchor)
150 gm gula kastor (Sue letak 120gm)
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek (Sue guna pisang berangan)
Bahan B:-
200 gm tepung berprotein rendah (Sue ikut kak ummi guna tepung naik sendiri)
30 gm chocolate rice
1/4 sudu teh soda bikarbonat
Hiasan:-
2 biji pisang ( dihiris bulat letak atas kek, tapi Sue tak letak)
1/4 cawan hirisan badam (Sue ikut kak ummi )
Cara-Cara:-
Pukul marjerin (mentega) dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu (*pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya.) Pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan bahan B dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (saya guna loyang 7in x 7in)
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. (Sue ikut kak ummi tabur jugak hirisan badam).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.
(Sue bakar suhu 160'C @selama 50 minit)


Friday, December 11, 2015

Snow Cheese Cake yang sangat sedap step by step cara membuatnya

Alhamdulillah..kek ini antara yang mendapat rating tertinggi dalam jendeladapursurianti..antara kek terawal yang Sue post kan resepinya. Kali ini, Sue nak kongsikan resepi yang sama tapi dengan step by step cara membuatnya. Post yang lama boleh juga lihat di sini (sila click)


Bahan yang digunakan :


Nota :
*butter yang dicairkan boleh diganti dengan minyak jagung.
*tepung hongkong boleh digantikan dengan tepung gandum.

Cawan yang digunakan untuk menyukat, boleh dibeli dikedai bakery dengan harga tak sampai RM5.




Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan kecuali butter cair. 
2. Pukul dengan mixer anggaran 5 - 7 minit.
3. Adunan telah mula kembang dan menjadi putih pucat.
4. Masukkan butter cair dan pukul lagi anggaran 3 minit.

5. Sediakan loyang bulat 8 inci, yang digris dengan mentega dan dialas dengan baking paper serta digris sekali lagi. Boleh gunakan 1 loyang sahaja, tapi nanti kek yang telah masak mesti dipotong menjadi 2 lapisan yang sama tebal. Untuk memudahkan, guna 2 loyang (seperti gambar) supaya nanti kita tidak perlu potong lagi.
6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar hingga masak. Gunakan lidi dan cucuk bahagian tengah kek. Jika tidak melekat bermakna telah masak.
Suhu dan masa bakar adalah berbeza bagi semua jenis oven. (Oven saya suhunya 160'C selama 50 minit)
Ada oven yang suhunya 180'C.
Nanti jangan ada yang kata kenapa keknya tak masak lagi bila ikut suhu oven saya. Mesti tahu suhu oven sendiri.

7. Kek yang telah masak dan baru dikeluarkan dari oven.
8. Segera keluarkan kek dari loyang dan sejukkan diredai. Jangan biar kek lama di dalam loyang, nanti kek akan mengecut.

Bahan untuk topping :
250 g cream cheese (saya guna Tatura)
1/2 cawan susu pekat (kalau suka manis, boleh guna 1 cawan)

Bahan lain :
Cheddar cheese untuk diparut dan ditabur pada keseluruhan kek.

9. Satukan Tatura Cream Cheese dan susu pekat. Pukul dengan mixer hingga sebati dan licin tidak berketul.
10. Ambil 1 bahagian kek, sapu dengan adunan cream cheese hingga menutupi permukaannya.
11. Ambil lagi 1 bahagian kek, tindan ke atasnya. Sapu keseluruhan kek dengan baki cream cheese tadi. Tak perlu terlalu licin sempurna kerana nanti akan terlindung dengan cheese cheddar parut.
12. Parut cheddar cheese ke atas kek hingga menutupi keseluruhan kek. (Saya suka letak banyak sebab sukakan rasanya)

Siap. Simpan 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum dimakan.






Friday, December 4, 2015

Bihun goreng resepi mudah, all time favourite

Bila-bila pun memang kami sekeluarga suka makan bihun goreng..tak kira pagi, tengahari, petang atau malam..jom kita tengok resepi mudah ni..semua orang pun dah tahu masak, kan..tak mengapa, kita share untuk anak-anak yang baru belajar memasak.



Bihun Goreng
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan : 
1/2 bungkus bihun direndam dalam air biasa hingga separuh lembut dan toskan
3 ulas bawang merah dimayang 
3 ulas bawang putih di mayang 
2 sudu besar cili kisar (jika suka pedas, sila tambahkan) 
Sedikit daging dipotong kecil (atau isi ayam)
Sedikit udang dan sotong 
1/4 cawan kicap lemak manis
2 sudu besar Sos tomato 
3 sudu besar Sos cili 
1 sudu besar gula 
1 sudu teh garam 
1 cawan air 
Sedikit fishball/fishcake jika suka \
Sedikit minyak untuk menumis 
Sayur kesukaan (seperti sawi / kobis /taugeh  / kucai) 

*sukatan bahan di atas adalah cara Sue masak, terpulang citarasa anda sendiri untuk menambah atau mengurangkannya.

Cara masak : 
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar. Masukkan daging bersama air. Rebus hingga daging empuk. 
3. Masukkan garam, gula, kicap serta sos. Kacau sebentar. 
4. Masukkan udang/sotong bersama fishball dan fishcake.  
5. Masukkan bihun dan kacau rata. Bila bihun telah lembut, masukkan sayur. Kacau sekejap dan sedia dihidang. Taburkan daun sup bersama daun bawang, cili potong dan limau kasturi jika suka. 



Thursday, December 3, 2015

Blondies yang mudah

Bismillahirrahmanirrahim...
Kali pertama buat blondies, rupanya blondies ni kategori brownies juga...adik beradik dengan congo bars..rasanya juga hampir sama dengan congo bars..sedap. Sue dapat resepi ni dari Martha Stewart. Tapi Sue ubahsuai dan masak ikut cara Sue sendiri.
Di bawah ni juga nanti Sue copy paste resepi Martha (English Version) dan resepi Sue dalam Bahasa Malaysia.
Tak sempat nak snap gambar masa baru angkat dari oven, sebab anak-anak dah nak makan sangat.




Blondies
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
8 sb butter dicairkan (Sue guna 90g butter dicairkan)
1/2 cawan brown sugar
1/3 cawan gula castor
1 biji telur gred A
1 st esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
Secubit garam
1 cawan choc chips
1 cawan walnut cincang

Cara penyediaan :
1. Panaskan oven, gris dengan butter loyang bersaiz 8in x 8in. alas dengan baking paper dan gris lagi di atasnya. Baking paper perlu dilebihkan sebanyak 2 inci di kiri dan kanan untuk memudahkan proses kita mengeluarkan blondies yang telah masak nanti.
2. Dalam mangkuk besar, satukan butter dan gula, pukul sedikit menggunakan whisk. Masukkan telur dan esen vanilla sambil di whisk lagi. Tambahkan tepung dan secubit garam. seterusnya masukkan separuh choc chips dan separuh walnut. Kacau sebati. Pindahkan adunan ke dalam loyang, ratakan. Tabur baki choc chips dan walnut di atasnya.
3. Bakar hingga masak berwarna perang keemasan mengikut oven masing-masing. Oven saya suhunya 160' C selama 30 minit. Angkat blondies dan sejukkan atas redai. Boleh dipotong semasa suam.



Resepi Martha Stewart (English version) yang saya copy paste dari blog beliau,



  • 8 tablespoons (1 stick) unsalted butter, melted, plus more for pan
  • 1/2 cup packed light-brown sugar
  • 1/3 cup granulated sugar
  • 1 large egg
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 cup all-purpose flour, (spooned and leveled)
  • 1 teaspoon salt
  • 1 cup semisweet chocolate chips
  • 1 cup chopped walnuts

DIRECTIONS



  1. Preheat oven to 350 degrees. Brush an 8-inch square baking pan with butter; line pan with a piece of parchment paper, leaving a 2-inch overhang on two sides. Butterpaper.
  2. In a large bowl, whisk butter and sugars until smooth. Whisk in egg and vanilla. Add flour and salt; mix just until moistened (do not overmix). Fold in 1/2 cup each chocolate chips and walnuts. Transfer batter to prepared pan; smooth top. Sprinkle with remaining chocolate chips and walnuts.
  3. Bake until top is golden brown and a toothpick inserted into the center comes out clean, 40 to 45 minutes. Set pan on a wire rack, and let cool completely. Using parchment overhang, lift cake from pan and transfer to a cutting board; cut into 16 squares.

Wednesday, December 2, 2015

Nasi Beriani resepi mudah dan sedap ala-ala nasi kenduri

Bismillahirrahmanirrahim..
Agak lama sebenarnya Sue tak masak nasi beriani, tapi musim cuti sekolah ni ada banyak masa di rumah, terlaksana juga hajat untuk memasak nasi beriani. Seperti biasa, resepi Sue yang mudah saja. Tapi rasanya alhamdulillah sedap. Anak2 dan hubby cakap dah macam rasa nasi kenduri hihihi...

Gambar dari dalam periuk


Nasi Beriani
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (cuci bersih dan rendam 30 minit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan disimpul
1/2 peket perencah nasi beriani Faiza (dijadikan pes iaitu ditambah 1/4 cawan air)
1 kiub pati ayam
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sb minyak sapi  + 1 sb minyak masak (untuk menumis)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak  (dengan periuk biasa) :
Cairkan minyak sapi. Masukkan minyak masak. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan.  Bila telah wangi, masukkan pes perencah nasi beriani dan kiub pati ayam. masukkan juga garam serta gula. Kacau sebekejap dan masukkan beras. Kacau perlahan anggaran 2 minit. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan air bersama susu cair. On kan plug dan tunggu hingga nasi masak. Kaedahnya seperti memasak nasi biasa.  Jika suka, boleh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng. di atas nasi.



Ayam Masak Merah
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan. (lumur garam dan kunyit)
4 senduk cili kisar (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi)
2 labu bawang besar dikisar
1 biji buah tomato dikisar
1 labu bawang besar dipotong baji atau potong bulat
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu

Bahan tumis
4 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang,putih dihiris nipis
1 inci halia diracik halus

Cara masak :
1. Goreng ayam hingga masak keemasan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu).
4. Masak dalam api perlahan hingga mendidih, masukkan garam serta gula.
5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak hingga pecah minyak.

Hiasan untuk tabur atas ayam masak merah
Kacang peas
Sebiji tomato dipotong 8 bahagian



Sedap dimakan bersama dalca, acar timun atau pun acar timun bersama nenas.
Selamat mencuba.






Agar-agar Santan Pandan

Dulu masa kecil, emak Sue selalu masak agar-agar ni. Tapi dulu dipanggil agar-agar lumut dan emak Sue menggunakan agar-agar tali. Tak kisah lah apa pun namanya. Kira evergreen agar-agar ni, kan..Dari dulu pun Sue memang suka dan sekarang anak-anak pun sama. Alhamdulillah...


Agar-agar Santan Pandan
Oleh : Surianti Ramli 

Bahan2 : 
10g agar-agar serbuk (1 peket) 
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat 
1 cawan jus pandan (4 helai daun pandan dikisar bersama air)
3 cawan air 
1 biji telur gred A 
Secubit garam  

Cara masak : 
-satukan santan dan telur, pukul guna garfu. Ketepikan. 
-didihkan air, jus pandan, garam, gula pasir dan agar-agar serbuk hingga larut. Kacau sekejap. 
-masukkan campuran santan dan telur tadi sambil dikacau lagi hingga didih. Perlu betul-betul mendidih (membuak) untuk dapatkan dua lapisan seperti gambar. Matikan api. 
-tuang dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. 
-sejukkan dan barulah disimpan dalam peti ais. 

*tambahkan gula pasir jika suka lebih manis


Tuesday, December 1, 2015

Ubi kayu rebus cicah kelapa dan sambal tumis cili padi

Bismillahirrahmanirrahim..dah lama tak makan begini, sedap pulak. penyediaannya pun mudah saja, Minum kopi o panas-panas..sedapnya.



Ubi Kayu Rebus
Oleh : Surianti Ramli

Ubi kayu dikupas kulitnya dan dicuci bersih
Secubitr garam kasar
Air secukupnya hingga dapat tenggelamkan ubi
-satukan semua dan rebus hingga ubi empuk. Angkat dan toskan.

Kelapa parut yang putih
Sedikit gula pasir (saya letak 1 sb)
Secubit garam halus
-satukan semua dan gaul sebati secukup rasa.

Sambal Cili Padi Ikan Bilis
Semangkuk kecil ikan bilis
1 labu bawang besar dihiris nipis
7 - 10 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) *
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam keping
- bahan bertanda * dikisar halus. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis bersama bahan kisar. Kacau sekejap, masukkan asam keping, garam dan gula. Bila sambal mulai pekat, masukkan bawang besar dan kacau rata. Sedia dihidang. kalau makan dengan nasi pun sedap juga.

Tuesday, November 24, 2015

Bingka Pandan Tumis yang mudah, harum wangi..sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Bingka Pandan atau pun kalau di utara disebut bengkang pandan..memang sedap..lemak-lemak manis. Dengan harum pandan, dengan bawang tumis tu..alahai..
Sebenarnya dah lama Sue nak masak bingka ni, tapi tertangguh disebabkan tidak berkesempatan. Kebetulan sekarang cuti sekolah, masa banyak dihabiskan dirumah dapatlah masak dan buat entry.




Bingka Pandan Tumis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

Bahan kisar
2 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan (saya kisar 4 helai daun pandan bersama air dan tapis)
3 cawan santan (campuran dari 2 cawan santan pekat + 1 cawan air)
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sb mentega
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna hijau jika perlu
- satukan semua bahan di atas dan kisar hingga sebati. Ketepikan.

Bahan tumis
 3 - 5 ulas bawang merah
 2 sb mentega
-panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang sehingga kekuningan dan garing.

Cara penyediaan :
Griskan loyang segiempat bersaiz 8inci x 8 inci dengan minyak atau pun mentega. Panaskan sekejap loyang di dalam oven dan tuangkan bahan tumis ke dasar loyang. Kemudian tuangkan bahan kisar perlahan-lahan. Bawang akan timbul dipermukaan. Panaskan oven dan bakar sehingga masak. (saya bakar selama 1 jam 10 minit dalam suhu 160'C)
Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong,anggaran 3- 4 jam setelah masak. Jika potong semasa panas, bingka akan jadi sedikit hancur.

Selamat mencuba, mudah saja.

*ada juga yang menggantikan bawang dengan menabur bijan diatasnya

Monday, November 23, 2015

Kerabu selom yang menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim..
Kawan2 suka mkn kerabu tak ? Biasanya Sue masak yang ringkas2 je (selalu pun begitulah). Bila ada kerabu begini, makan nasi pun bertambah-tambah. Makan pulak dengan nasi panas, tambah ikan goreng garing pun cukuplah..Sedap !



Kerabu Selom
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 ikat daun selom (cuci bersih dan hiris halus)
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 - 3 biji limau kasturi diambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumbuk
2 sb ikan bilis (atau udang kering) disangai tanpa minyak
1 - 2 biji cili merah
Secubit belacan
Semangkuk kecil kelapa parut
Cara penyediaan :
Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati secukup rasa garam, gula dan masamnya. Tidak perlu dimasak semua bahan (hanya ikan bilis saja sangai)
Sedia dihidang.
Ini rupa daun selom, kalau tempat lain Sue tak pasti dipanggil apa. Biasanya kalau diutara, daun selom ini juga dibuat ulam dan dimakan bersama laksa.

Agar-agar santan gula melaka yang sedap, lemak, wangi..yummy

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama rasa teringin sangat nak makan agar2 santan gula melaka, alhamdulillah..resepi mudah, semua kwn2 pun biasa buat kan..sedap, wangi gula melaka dengan lemak santan. Rasa macam bulan puasa pulak.


Agar-agar Santan Gula Melaka
Oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
10g agar-agar serbuk (1sb sudu metrik)
1 cawan gula melaka
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 biji telur gred A
Secubit garam
1 helai daun pandan disimpul
Cara masak :
-satukan santan dan telur, pukul guna garfu. Ketepikan.
-didihkan air, daun pandan, garam dan gula melaka hingga larut. Masukkan agar-agar serbuk. Kacau sekejap.
-masukkan campuran santan dan telur tadi sambil dikacau lagi hingga didih. Perlu betul-betul mendidih (membuak) untuk dapatkan dua lapisan seperti gambar. Matikan api.
-tuang dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
-sejukkan dan barulah disimpan dalam peti ais.
*tambahkan gula pasir jika suka lebih manis

Friday, November 13, 2015

Kek Marble lembut dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim...
Kek ini buat beberapa hari lepas.
Sebenarnya resepi ini sama saja  seperti kek marble biasa. Hanya Sue tambahkan whipping cream untuk memberi rasa sedikit creamy dan alhamdulillah, lembut dan sedap pada selera kami sekeluarga.


Kek Marble Lembut
Oleh ; Surianti Ramli

Bahan-bahan :
250 g butter (saya guna Anchor)
200 g gula castor 
4 biji telur gred  A
1 sk esen vanila
60 ml Whipping Cream (Anchor dairy whipping cream)
250 g tepung superfine *
1 sk baking powder *
2 sb serbuk koko
Pewarna pink atau apa2 kesukaan anda

Bahan bertanda * di atas disatukan dan diayak

Cara penyediaan :
- pukul butter dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat. 
-masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.
-masukkan esen vanila.
-masukkan whipping cream berselang seli dengan bahan ayak hingga habis. Kacau sebati.
-bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Saya letakkan serbuk koko, warna pink dan warna asal.
-griskan loyang empat segi, 8in x 8in. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi.
- tindan adunan berselang seli warna ke dalam loyang hingga habis.
-panaskan dahulu oven dan bakar hingga masak (lain oven, lainlah suhu dan masa membakar. Oven saya suhunya 160'C selama 50 minit)
- angkat kek dan sejukkan di redai.

 Sebaik sahaja siap di bakar.

Hasil bedah siasat.


Wednesday, November 11, 2015

Red Velvet Cheese Brownies , sedapnya !


Bismillahìrrahmanirrahim...
Mudah, ringkas & insyaAllah menjadi. Resepinya saya copy paste dari blog Fiza Lgk. Terima kasih, family saya suka sangat.
Warna merah brownies ni..tapi sbb lighting, ambik gambar mlm..nampak mcm warna coklat pulak..apa pun, sedap !
RED VELVET BROWNIES - Ringkas dan menjadi 
Sumber : Hafizah Yahaya/Fiza Lgk
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Saiz loyang : 8inci x 8 inci
Bahan A - Lapisan Bawah
100gm mentega - di cairkan dan ketepikan seketika
200gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
20gm serbuk coklat
Secubit garam
1 sudu besar pewarna merah - saya guna warna merah jambu
1 sudu teh cuka
2 biji telur
150gm tepung gandum
Bahan B - Lapisan Atas
230gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
1/8 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Di dalam sebuah mangkuk besar, campurkan gula, esen vanilla, serbuk coklat dan secubit garam.
2. Masukkan juga pewarna merah, cuka makan dan pecahkan 2 biji telur. Kacau dengan menggunakan spatula ataupun 'hand whisk' sehingga rata dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung gandum dan kacau lagi hingga rata dan bercampur.
4. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau lagi.Tuang adunan ke dalam loyang dan ketepikan 1 sudu besar adunan tersebut untuk menghias di lapisan atas nanti.
5. Seterusnya di dalam bekas yang lain, campurkan cream cheese, gula telur dan esen vanilla. Pukul hingga rata dan tuang adunan tersebut ke atas adunan brownies tadi.
6. Letak adunan yang di asingkan tadi dan lorek dengan lidi atau 'chop stick'. Boleh juga masukkan adunan tersebut di dalam 'piping beg' dan picit ke atas brownies sebelum di lorek untuk corak yang lebih kemas.
7. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170'c. Dinginkan dan bolehlah di potong.
Nota : saya bakar pada suhu 160'C selama 35 minit.
-tak perlu bakar berasingan lapisan bawah dan atas, terus bakar sekaligus


Monday, November 9, 2015

Lemon Chicken aka Ayam Lemon sedap


Bismillah..
Ini salah satu menu kegemaran kami sekeluarga. Dulu pernah Sue share resepi lemon chicken (click di sini untuk lihat), lain sikit dari resepi ini. Kedua-duanya pun sedap.
Ala-ala makan di hotel..nak menggambarkan sedapnya hihihi..



Lemon Chicken
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

A
1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan
1/2 st lada sulah
3 sb kicap manis (saya guna kicap kipas udang)
-gaul sebati semua bahan di atas dan perap 1- 2 jam

B
1 cawan tepung jagung
2 biji telur ayam
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
-satukan semua dan gaul sebati

Bahan Sos Lemon
2 cawan air
1/3 cawan gula
1/2 kiub pati ayam
2 sb tepung jagung
5 sb perahan lemon (terpulang kepada masam yang anda suka)
Secubit garam
1-2 titik pewarna kuning
2 sb minyak untuk menumis
-satukan semua bahan sos kecuali minyak dan kacau hingga sebati. Panaskan minyak, masukkan semua bahan sos. Sentiasa dikacau dalam api perlahan hingga pekat. Tutup api.

Minyak masak untuk menggoreng ayam

Cara penyediaan ayam :
Gaul semua ayam yang telah diperap (A) bersama bahan salutan (B). Goreng dalam minyak yang panas hingga masak. Curahkan sos lemon ke atas ayam dan sedia dihidang. Yummy !


Selamat mencuba .