Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, July 26, 2016

Chicken Pie Step by Step mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim...


Teringin sangat nak makan chicken pie, akhirnya malam ini Sue buat juga. Kebetulan bahan-bahan semua dah ada, apa lagi..terus masuk dapur. Alhamdulillah sedap, rasa ala2 karipap bakar. Yummy !

Chicken Pie
Oleh : Surianti Ramli

Mula-mula kita sediakan filling dulu,

Bahan-bahan untuk filling (inti) :
2 keping dada ayam didadu kecil
5 biji cendawan butang dipotong nipis
1 tin Campbells cream of chicken
1 sb lada putih
1 biji bawang besar didadu
1 biji ubi kentang didadu
1/2 batang karot didadu
1/2 biji lada benggala (capsicum)
2 - 3 sudu minyak jagung
*sedikit air jika perlu (tapi Sue tak letak pun sebab ayam dah keluarkan air)
*sos Campbells telah pun masin, tak perlu tambah garam lagi.


Cara buat filling  (inti) boleh lihat gambar di bawah :

-panaskan 2 atau 3 sb minyak jagung.
-tumis bawang besar hingga harum kekuningan.
-masukkan isi ayam, kacau sedikit.
-masukkan Campbells cream of chicken dan sedikit air jika perlu.
-biar didih sekejap dan ayam telah separuh masak.
-masukkan kentang dan karot dan masak hingga keduanya empuk (sekejap saja)
-masukkan cendawan butang bersama capsicum dan lada putih.
-kacau rata dan matikan api, tekstur filling ini adalah sedikit creamy.
Ketepikan filling dan biar sejuk.


Bahan untuk pastri :
1 cawan air sejuk dari peti ais
3 1/4 cawan tepung gandum
180 g mentega
1 sb gula
1 biji air perahan limau


Cara penyediaan pastri :
-ayakkan tepung, masukkan dalam besen bersama gula dan mentega.
-ramas dengan hujung jari sehingga teksturnya menjadi seperti serbuk roti.
-tuang air sejuk yang telah dicampurkan perahan limau sedikit demi sedikit.
- uli sehingga sebati.Tak perlu habiskan air jika doh telah cantik.
-bahagikan doh kepada 2 bahagian.
-tabur tepung pada papan canai dan ambil satu bahagian doh dan canai nipis. Tak perlu griskan loyang. Masukkan dalam loyang pie jenis loose base saiz 8 inci (boleh dibeli dikedai peralatan bakeri). Potong lebihan doh dan rapikan.
-ambil garfu dan cucuk atasnya. Bakar pastri pada suhu 200'C selama 10-15 minit bergantung pada suhu dan  masa oven masing-masing. (setiap oven tak sama masa dan suhunya)
-keluarkan pastri, biar sedikit suam dan masukkan filling dan ratakan.
-canai 1 bahagian doh lagi dan potong memanjang. Tutup bahagian atas pie dengan cara anyam berselang seli seperti gambar di bawah. Kalau tak mahu anyam seperti ini, boleh terus letakkan sekeping doh yang dicanai tadi dan tutup keseluruhan pie. Tekan dengan garfu pada keliling pie.


Ambil sebiji telur dan kocok rata bersama 1 sb air. Sapu rata ke atas pie. Panaskan oven terlebih duulu dan bakar pie hingga masak pada suhu 180'C selama 15 minit (ikut suhu dan masa oven sendiri)


 Tunggu sejuk, keluarkan dari loyang dan boleh dipotong. (Sue keluarkan semasa suam)




Wednesday, July 13, 2016

Tart Cik Siti aka Tart Bunga

Bismillahirrahmanirrahim..
Marathon biskut raya ke 4.
Biskut tart ini ada Sue kongsikan dalam Aroma edisi raya Julai 2016.
Tak ada lagi biskut yang ke 5 sebab nak buat almond london, cuma sempat salut badam & bakar. Tak sempat salut coklat dah.


Tart Cik Siti
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A :
125 gm mentega
30 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B (diayak) :
200 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
Bahan C :
Jem nanas digentel bulat sebesar guli
Cara penyediaan :
1. Bahan A dipukul sebati menggunakan senduk kayu.
2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh.
3. Canai doh dan terap menggunakan acuan bunga pecah 5 atau 6.
4. Masukkan tart ke dalam cawan kertas. Tekan sedikit bahagian tengahnya hingga terbentuk bulat. Letakkan jem dan tekan sedikit dengan berhati-hati.
5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 10 minit, baru dibakar tart hingga masak pada suhu 160’C selama 23 minit.


Samperi Dahlia yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Ini pun cerita semalam, selepas siapkan tempahan customer.. marathon biskut raya. Biskut ke 3 tahun ini. Resepinya dari kakak kembar Sue, kakJalilah JJ .

Semprit Dahlia versi JJ
Dicuba oleh : Surianti Ramli
250 butter scs unsalted
250 butter twin cow
170 gram gula icing
2 cawan tepung kastard
3 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung sagu
1/2 cawan tepung gandum tgk pd kelembutan jnji xmelekat di tgn
1 sudu teh essen rose/vanila
Cara penyediaan :
1.Satukan butter, gula icing ,esen rose dan serbuk vanilin dan pukul sebati tak perlu lama.Gunakan senduk kayu sahaja.
2.Masukkan tepung kastard ,tepung jagung dan tepung gandum uli hingga menjadi doh dan warnakan mengikut pilihan anda.
3.Guna acuan dan terap. susun dalam tray hiaskan dgn coklat chip.(sue letak ceri merah)
Bakar pada suhu 160, 25-30 minit bergantung pada oven yg digunakan.


Biskut Mazola resepi mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Marathon biskut raya ke 2, masih lagi resepi yang mudah dan biskut org lama2.. biskut mesra tetamu katanya.. 


Biskut Mazola
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 cawan gula icing (ayak)
2 cawan kacang tanah kisar (goreng dulu tanpa minyak, barulah dikisar)
1 cawan minyak jagung
Hiasan :
Kuning telur
Kacang tanah goreng
Cara penyediaan :
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150'C - 180'C, masa antara 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing.


Biskut Peanut Butter sedap resepi orang lama

Bismillahirrahmanirrahim..
Selepas siapkan tempahan biskut kwn2, ini lah biskut raya Sue yang pertama, dibuat 3 hari sebelum hari raya.
Sue sukakan biskut dulu2. Biskut org lama, menggamit nostalgia. Dulu biasa org gunakan marjerin planta tapi Sue gunakan daisy kali ini.

Biskut Peanut Butter
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
3/4 cawan mentega kacang halus
1/2 cawan mentega (saya guna marjerin daisy)
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum (ayak)
*beberapa sudu tepung jika doh masih lembik
Bahan hiasan :
Kismis hitam
Cara penyediaan :
1. Satukan mentega kacang, mentega dan gula. Pukul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika adunan tidak melekat ditangan, tak perlu habiskan tepung. Tapi jika adunan masih lembek, boleh tambah beberapa sudu tepung gandum hingga mendapat doh yang cantik.
3. Sapu sedikit mentega pada acuan untuk mengelakkan biskut melekat. Letakkan kismis hitam pada dasarnya dan masukkan doh. Tekan hingga padat. Ulang proses yang sama hingga selesai.
4. Bakar biskut pada suhu 150'C - 180'C selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.
5. Biar hingga biskut sejuk dan keluarkan dari acuan dengan berhati-hati.