JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, October 7, 2017

Kuah Lompang Pandan yang sedap


Bismillahirrahmanirrahim,
Kuih Lompang yang pernah Sue kongsikan dalam blog, fb dan IG ini juga pernah dicuba ramai kawan2 dan mendapat maklumbalas yang baik ,  alhamdulillah sedap dan harum wangi pandan satu rumah.





Lompang Pandan

Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur (kalau tak letak pun boleh)
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)
1 sudu besar pandan paste /beberapa titis pewarna untuk memberikan warna hijau



Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
Secubit garam halus
1 helai daun pandan
#gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula pasir serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi)
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur , pandan paste dan jus pandan yang telah disejukkan tadi. Gaul sebati. 
3. Panaskan periuk kukusan. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Sudukan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 - 14 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan biar sejuk seketika supaya mudah mengeluarkannya dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu/lidi secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.





Catatan : kuih lompang yang sebenar akan ada lesung pipit (lubang ditengahnya) setelah masak dikukus. Jika tiada, bermakna tidak menjadi.