JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, June 30, 2013

Makaroni Bakar

Salam hujung minggu, masak apa untuk dinner...jom masak makaroni bakar versi Melayu...sebab Sue panggil versi Melayu ni, adalah kerana makaroni ni dimasak menggunakan rempah kari. Kalau orang Inggeris rasanya tak makan rempah kari, makaroni diorang menggunakan sos. Jom cuba !


Makaroni bakar (versi Melayu)

Bahan-bahan :
300g makaroni
200g daging cincang (Sue pakai jenama Ramlee) *boleh lebihkan kalau suka

1 tin susu cair

Daun sup/daun bawang dihiris

Cili merah dihiris nipis

Bawang besar sebiji dicincang
Rempah kari daging 3 sudu besar (bancuh dengan air sedikit)
Garam
Gula
Cheese parut
Telur 3biji dipukul dengan garfu

Cara Masak :
1. Didihkan air, masukkan makaroni. Rebus sampai lembut lebih kurang 10minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang cincang. Masukkan rempah kari, daging cincang. Lembutkan daging sekejap. Masukkan garam, gula. 
3. Masukkan makaroni, susu cair, daun sup/daun bawang, cili merah. Kacau rata sebentar. Agak2 ada kuah sikit (jangan terlalu banyak kuah, nanti hanyut). Ketepikan.
4. Griskan dulang dengan mentega. 
5. Masukkan makaroni tadi ke dalam dulang.
6. Curahkan telur.
7. Tabur Cheese parut.

Wednesday, June 26, 2013

Lempeng Tepung Gandum

Salam pagi Rabu semua...sarapan apa pagi ini...Sue masak yang simple je, anak2 suka...tambahan pula jerebu tengah teruk bacaan indeksnya, tak boleh keluar beli sarapan. Tengok stok dalam rumah ada tepung gandum, ada ikan bilis. Terus buat lempeng ni, kejap je dah siap.


Sumber : Nor Ina Saleha

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair)
1 sudu teh garam halus
1 biji telur

Cara masak :
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.
2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Janganmterlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai.
3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas.
4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.
5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.

*anggaran 10 - 11 biji lempeng sebesar piring alas cawan.


Sunday, June 23, 2013

Udang goreng bertelur

Weekend macam ni kita mesti tercari-cari menue untuk dimasak, cuba masak udang goreng bertelur ni. Sedap insyaAllah. Kalau weekdays pun sesuai masak ni sebab cepat disediakan. Sekejap je dah boleh dimakan.


Udang goreng bertelur

Bahan-bahan :
Udang 600gm
Telur ayam 2 biji
Garam 1 sudu kecil
Kunyit 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Bawang besar 1 labu (dipotong bulat)
Bawang putih 3 ulas (dipotong nipis)
Cili merah dipotong
Asam keping 2 - 3 keping

Cara masak :
1. Udang digaul dgn garam, kunyit & gula. Perapkan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, goreng udang anggaran 5 minit untuk mengeringkan airnya. Angkat & ketepikan.
3. Panaskan minyak yang baru,  gorengkan bawang besar, bawang putih dan cili potong hingga naik baunya.
4. Masukkan udang tadi bersama asam keping. Pecahkan telur. Kacau rata. 

Siap.
* udang jangan dimasak melebihi 10 minit kerana,ini akan menyebabkan udang jadi keras dan hilang rasa manisnya.

Saturday, June 22, 2013

Asam Pedas Ikan Pari (versi Johor)

Assalam semua, asam pedas ni antara menue favourite anak-anak. Sue dapat resepi ni dari Wani, kawan sama tempat kerja yang berasal dari Kota Tinggi. Memang resepi asli. Sedap !

Asam Pedas Kota Tinggi
(versi asal : Wani)

Bahan-bahan :
Ikan pari
Lada kering 10-15 tangkai direbus hingga lembut (bergantung pada kepedasan)*
Bawang merah 7 ulas*
Bawang putih 4 ulas*
Kunyit hidup*
Halia 1inci*
Belacan (sedikit sahaja)*
Serai (diketuk)
Lada hitam 1 sudu besar (ditumbuk)
Air asam jawa
Bendi
Buah tomato (kalau suka)
Garam
Daun kesum
Bunga kantan

Cara Masak :
1. Bahan bertanda * di kisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumis serai ketuk, masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan ikan sambil dibalikkan perlahan supaya bahan tumis tadi menyerap rasanya.
4. Masukkan air asam jawa untuk pekatkan kuah.
5. Masukkan garam, lada hitam tumbuk.
6. Masukkan bunga kantan, daun kesum, bendi.
7. Masak hingga mendidih. Akhir sekali, kalau suka boleh masukkan buah tomato yang dipotong 4. Tutup api.

SIAP

Sayur kacang panjang

Kadang-kadang kita buntu memikirkan sayur yang cepat dimasak, mudah disediakan dan yang pentingnya sedap. Kalau Sue dengan family memang suka sangat sayur kacang panjang campur karot ni. Rangup kacang panjang tu dengan rasa telur tu, wangi kunyitnya...memang sedap.


Bahan-bahan :
Sayur kacang panjang seikat (pilih yang muda supaya rangup)
Sebatang karot
Telur 2 biji
1 ruas kunyit hidup (ditumbuk halus)
*boleh juga digunakan kunyit serbuk tapi kurang wanginya berbanding kunyit hidup*
Bawang besar dipotong baji
Lada merah dipotong
Minyak masak (anggaran 3@4 sudu besar)
Garam halus
Air (anggaran 4@5 sudu besar)

Cara masak :
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang besar.
Masukkan kacang panjang, karot, kunyit, garam dan cili potong
Kacau sebentar, masukkan air anggaran.
Kacau anggaran 1 minit.
Pecahkan telur.
Kacau rata dan tutupkan api.

*Air jangan terlalu banyak dan jangan masak terlalu lama, hanya kacau goreng sekejap, takut kacang jadi layu/lembek


Monday, June 17, 2013

Puding Roti Sos Kastard

Dessert untuk berbuka tadi, bismillah...






Bahan-bahan :


8 keping Roti
* segelas susu segar 
* 4 sudu besar gula
* 2 sudu besar mentega- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu besar tepung jagung
segenggam kismis hitam

Sos Kastard :

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad

Cara-cara:

1. Griskan loyang, potong empat setiap keping roti. Susunkan dlm loyang.
2. Blend bahan-bahan bertanda * (lebih kurang 2minit) dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan roti terendam 30minit.
3. Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga masak.
4. Untuk membuat sos kastad , campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga masak (agak pekat) dlm api perlahan.
5. Makan puding roti bersama sos kastard.

Bihun Singapore




Bahan-bahan :


Sebungkus bihun (rendam sampai lembut dan toskan)
Bawang besar seulas (dikisar)
Bawang putih 5ulas (dikisar)
Lada hitam 2 sudu besar (ditumbuk halus)
Daging dipotong kecil (ayam, udang, sotong pun boleh sesuka hati)
Kobis dihiris halus
Karot dipotong memanjang halus
Fishball/fishcake
Sos tiram 1sudu besar
Garam
Gula

Cara masak :

1. Panaskan minyak, tumis bawang kisar sampai wangi.
2. Masukkan daging, air sedikit dan rebus biar sampai lembut (atau masukkan ayam@udang@sotong tadi)
3. Masukkan garam, gula, sos tiram, lada hitam & fishball/fishcake.
4. Masukkan kobis, karot. Kacau sekejap.
5. Masukkan bihun. Kacau, goreng sampai masak

Sunday, June 16, 2013

Ayam Merah Madu

Bahan-bahan :
Seekor ayam dicuci bersih serta diperisakan dengan sedikit garam dan kunyit
2 inci halia diracik
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar *
15 tangkai cili kering (jika suka pedas, boleh ditambah) direbus hingga mendidih*
3 atau 4 biji buah tomato*
2 sudu besar madu
1 labu bawang besar dipotong baji
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng ayam
Bahan bertanda * dikisar halus

Cara masak :
Ayam digoreng hingga masak. Ketepikan.
Minyak dipanaskan.
Tumiskan bawang putih dan halia racik.
Masukkan bahan kisar, masak dalam api perlahan.
Bila telah naik baunya, masukkan garam, gula, ayam yang telah digoreng dan juga madu. 
Masak dalam api sederhana hingga kuahnya pekat.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong baji.
Kacau sebentar, tutup api.
Hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang, kacang peas (jika suka)

Sesuai dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi putih atau nasi beriani.

Daging Kicap Bawang Goreng Bandar Utama


Bahan-bahan :

 1/2 kg daging dihiris dan direbus sampai empuk (toskan) 

 air rebusan daging 1 cawan *seinci halia di mayang halus *

setengah cawan kicap manis *

 setengah cawan bawang goreng *
 rempah 4 sekawan *
garam *
gula *
 suku cawan minyak masak

Cara masak :
Daging yang telah direbus tadi digaulkan dengan kicap hingga rata bersama dengan hirisan halia.
 Panaskan minyak, masukkan daging bersama semua bahan bertanda * . Masak hingga pekat dalam api sederhana dalam anggaran 5 - 7 minit. Siap.

Sedap dimakan dengan nasi panas, nasi minyak, makan sahur

Saturday, June 15, 2013

Nasi Beriani

Resepi nasi beriani asalnya dari kawan Sue, sama tempat kerja, cikgu Sanariah.  Bahan yang digunakan senang didapati dan cara memasaknya juga mudah dengan menggunakan periuk tekanan tinggi (high pressure cooker). Memasak nasi beriani tidaklah sesukar yang dibayangkan,  insyaAllah pasti jadi asalkan sukatan dan cara memasaknya betul. Keluarga Sue memang suka sangat. Jom kita tengok cara memasaknya.




Bahan-bahannya :


3 cawan beras basmathi (dicuci bersih dan direndam selama 30minit. Toskan)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan disimpul
Perencah nasi beriani Maggie (atau sebarang jenama kesukaan anda) dijadikan pes iaitu ditambah air sedikit menjadi pekat
*tidak perlu ditambah garam, gula @ perasa kerana perencah ini telah cukup rasanya
Kiub pati ayam Maggie
Minyak sapi untuk menumis
Rempah 4 sekawan
4 ketul isi ayam untuk dimasak bersama nasi (terpulang kepada citarasa)
Air


Nisbah yang Sue gunakan,
1 peket perencah : 3 cawan beras
3 cawan beras : 3 1/4 cawan air

Cara Memasak  (dengan periuk biasa) :

 Cairkan minyak sapi.
Tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan.
 Bila telah wangi, masukkan pes perencah nasi beriani. Kacau sebentar.
Masukkan isi ayam anggaran 3 - 5 minit.
 Masukkan beras dan dikacau  sebentar.
 Masukkan air.
 Tunggu hingga air kering dan ditutup tudung periuk. Kaedahnya seperti memasak nasi biasa.
 Jika suka, boleh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng.

*Jika menggunakan periuk tekanan tinggi (high pressure cooker) sewaktu menumis kaedah "stir fry" digunakan dan bila bahan tumisan telah naik baunya, masukkan ayam dan dikacau sebentar. (kaedah memasaknya sama seperti langkah di atas). Setelah rempah dimasukkan berserta beras dan air, off kan periuk tekanan. Waktu akan diset selama 8 minit dan on kan semula periuk tekanan. Hasilnya nasi siap dimasak selepas 8 minit. Alihkan nasi ke dalam periuk/bekas lain untuk mengelakkan terjadinya kerak nasi.