JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Thursday, December 21, 2017

Mee Kari sedap

Bismillahirrahmanirrahim,


Teringin nak makan mee kari, walaupun jenuh mencari kerang tak ada. Buat juga tanpa kerang, alhamdulillah menepati selera keluarga kami.

Mee Kari 
Oleh : Surianti Ramli

Bahan utama (mee kuning & sayur-sayuran) :
1 bungkus mee kuning (dicelur)
2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
Daun sup/daun bawang dihiris halus
Limau kasturi dibelah dua
Telur rebus
1 mangkuk tauge dicelur
1 pokok sawi dicelur
Bawang goreng (tiada dalam gambar)
Cili merah/cili hijau dihiris nipis

Bahan Kuah :
1/2 ekor ayam dipotong kecil (saya gunakan 3 keping dada ayam)
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 cawan santan pekat
5 cawan air
2 keping fishcake dihiris nipis (goreng sekejap)
1 bungkus fishball dibelah dua (goreng sekejap)
1 cawan isi kerang rebus
1 keping asam keping
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit air (anggaran 1/4 cawan)

Bahan tumis :
1/2 senduk minyak masak
Bunga lawang, kayu manis, cengkih, pelaga
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 batang serai diketuk

Cara penyediaan kuah :
1. Satukan rempah kari dan cili serbuk bersama bahan kisar dan gaul sebati menjadi pes. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga harum. Masukkan bahan pes dan sentiasa dikacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam bersama air. Masak hingga ayam empuk.
4. Masukkan kiub pati ayam, fishball, fishcake, asam keping dan kerang serta garam secukup rasa. Masukkan santan. Biarkan didih dalam api sederhana. Matikan api.

Cara hidang :
Masukkan mee ke dalam mangkuk. Letakkan bahan sayur dan bahan lain. Sendukkan kuah ke atasnya. Sedia dihidang.